Kelebihan e-Fes



Apa itu e-Fes

1.   Apakah e-FES
 
e-FES adalah kemudahan semakan penyata kira-kira akaun pinjaman pendidikan dan pembayaran secara online (internet) dengan melaksanakan pembayaran terus dari akaun peminjam di bank-bank yang terlibat dengan FPX ke akaun peminjam di PTPTN. Kemaskini penyata akan dibuat secara terus.
 
2.     Bank yang menyediakan perkhidmatan e-FES
 
Bank
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Hong Leong Bank
CIMB Bank atau dikenali (BCB)
Public Bank Berhad
Maybank
 
3.   Bagaimana saya boleh mendapat faedah dari perkhidmatan e-FES ini?
     a. Lebih banyak bank bagi bayaran dalam talian.      
     b. Membuat bayaran balik pinjaman  pada masa nyata (real time).
     c. Memudahkan kerana anda boleh membuat pembayaran melalui Internet.
     d. Masa urusniaga yang tidak terbatas kepada waktu pejabat.
     e. Selamat; e-FES menggunakan pengesahan dan pensijilan bagi menjamin urus niaga. 
     f.   Kecekapan operasi; e-FES menambah kecekapan melalui automasi.
 
4.   Adakah caj dikenakan untuk bayaran-bayaran melalui e-FES?
Caj sebanyak RM0.50 bagi setiap transaksi akan dikenakan kepada peminjam PTPTN jika melakukan bayaran balik pinjaman melalui e-FES.
 
5.   Apakah waktu operasi untuk e-FES?
Perkhidmatan e-FES bermula daripada 7:00 pagi hingga 11:00 malam setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am. Bagaimanapun, perkhidmatan e-FES juga bergantung kepada perkhidmatan perbankan internet bank-bank berkenaan.