Soalan 1:
Siapakah yang layak memohon pertukaran Ujrah (1%)?

Jawapan:
Semua peminjam PTPTN yang belum membuat pertukaran Ujrah (1%) adalah layak KECUALI: 

      i. Peminjam masih aktif belajar (layak setelah tamat pengajian);
     ii. Jadual Bayaran Balik (JBB) belum dibina (layak setelah JBB dibina);
    iii. Peminjam disahkan meninggal dunia atau ilat;
    iv. Peminjam telah mendapat pelepasan bayaran balik kerana mendapat Ijazah Kelas Pertama; atau
     v. Baki pinjaman kurang daripada RM1,000.00.

 

Nota: Kemudahan tawaran pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah (1%) turut dibuka kepada semua peminjam yang telah disahkan berhenti pengajian, gagal pengajian dan membatalkan perjanjian samada dengan pembiayaan sendiri atau tajaan lain kecuali mereka yang telah dikenakan tindakan saman dan baki pinjaman semasa kurang daripada RM1,000



Soalan 2:
Apakah asas penawaran Ujrah?
Jawapan:
Asas penawaran ujrah adalah seperti berikut:

        i.  Jumlah  pembiayaan:  Berdasarkan  jumlah baki  pinjaman bulan semasa.
        ii. Tempoh bayaran balik baru: Berdasarkan kepada baki pinjaman pada tarikh kuatkuasa seperti berikut:   

Bil  Baki Pinjaman  Tempoh Bayaran Balik     
1 RM10,000 dan kebawah 60 Bulan (5 tahun) 
2 RM10,001 hingga RM22,000 120 Bulan (10tahun)
3 RM22,001 hingga RM50,000 180 Bulan (15tahun) 
4 RM50,001 keatas 240 Bulan (20tahun)

 



Soalan 3:
Apakah yang dimaksudkan dengan baki pinjaman semasa?

Jawapan:
Baki pinjaman semasa bermaksud jumlah prinsipal dan juga kos pentadbiran yang masih belum dijelaskan sehingga tarikh proses permohonan dibuat. Baki semasa boleh dirujuk di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my



Soalan 4:
Bagaimanakah jumlah keseluruhan Ujrah ditentukan?

Jawapan:
Jumlah Ujrah = [Kadar Ujrah (1%) / 12] x Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan x tempoh bayaran balik (bulan) 



Soalan 5:
Apakah tindakan yang perlu diambil bagi membolehkan saya mendapat tawaran pertukaran Ujrah?

Jawapan:
Peminjam perlu mengambil langkah-langkah berikut :
i. Membuat semakan sama ada mereka layak ditawarkan pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah di Portal Rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my atau di mana-mana kaunter PTPTN yang berhampiran.
ii. Peminjam perlu memuat turun dan melengkapkan Borang Kemaskini Maklumat Pertukaran Ujrah yang boleh diperolehi di dalam Portal Rasmi PTPTN. Kaedah untuk mendapatkan surat tawaran adalah seperti berikut:
  • Hadir ke mana-mana kaunter PTPTN yang berhampiran dengan membawa Borang Kemaskini Maklumat Pertukaran Ujrah yang telah dilengkapkan. 

  • Dokumen tawaran akan dikeluarkan pada hari yang sama dan pelajar boleh terus menandatangani dokumen tersebut.



Soalan 6:
Saya masih belajar dan masih menerima pengeluaran pinjaman PTPTN. Bilakah saya boleh menerima tawaran pertukaran Ujrah?

Jawapan:
Anda akan ditawarkan pertukaran Ujrah setahun selepas jadual pengeluaran pinjaman terakhir (selepas 6 bulan tamat tempoh pinjaman iaitu selepas Jadual Bayaran Balik bermula). Walau bagaimanapun, anda tetap boleh memohon bermula sekarang dan diminta untuk menyemak semula emel anda dari semasa ke semasa bagi mendapatkan dokumen tawaran dan perjanjian.