Soalan 1:
Saya telah diluluskan penangguhan bayaran balik, adakah saya layak menerima tawaran Ujrah?

Jawapan:
Peminjam yang telah diluluskan penangguhan layak menerima tawaran Ujrah.



Soalan 2:
Setelah Ujrah ditawarkan, saya masih tidak mampu membuat pembayaran balik. Adakah saya boleh membuat penangguhan sekali lagi?

Jawapan:
Peminjam boleh mengemukakan permohonan penangguhan. Walau bagaimanapun, keputusan permohonan penangguhan adalah tertakluk kepada budi bicara PTPTN



Soalan 3:
Saya telah menerima Notis Peringatan Terakhir dan/atau NotisTuntutan tetapi masih belum dikenakan tindakan saman, adakah saya layak untuk memohon dan menerima tawaran pertukaran Ujrah?

Jawapan:
Peminjam layak untuk menerima tawaran pertukaran Ujrah ini.



Soalan 4:
Perlukah saya meneruskan bayaran balik sepanjang tempoh proses penawaran Ujrah ini?

Jawapan:
Peminjam adalah dikehendaki untuk terus membuat pembayaran balik. Sebarang pembayaran balik akan diselaraskan ke akaun pembiayaan Ujrah selepas dokumen tawaran dan perjanjian yang lengkap dikembalikan.



Soalan 5:
Saya telah pun membuat bayaran balik secara potongan gaji melalui LHDN.
a) Walau bagaimanapun, saya tidak mengisi borang potongan gaji semasa menerima tawaran Ujrah.


Jawapan:
Potongan gaji sedia ada akan diteruskan.

b) Saya mengisi borang potongan gaji tetapi amaun ansuran semasa berbeza dengan tawaran Ujrah.

Jawapan:
PTPTN akan membuat pindaan amaun potongan gaji dengan pihak LHDN. Maklumat berkenaan pindaan tersebut akan dikemukakan kepada majikan dan salinan kepada peminjam.