Soalan 1:
Siapakah yang layak memohon pertukaran Ujrah (1%)? 

Jawapan:
Semua peminjam PTPTN yang belum membuat pertukaran Ujrah adalah layak memohon dengan syarat baki pembiayaan terdahulu melebihi RM1,000.00.



Soalan 2:
Apakah polisi Ujrah?

Jawapan:
Polisi ujrah adalah seperti berikut:

        i.  Jumlah pembiayaan: Berdasarkan kepada jumlah baki pinjaman bulan semasa permohonan dikemukakan.

        ii. Tempoh bayaran balik baru: Berdasarkan kepada jumlah pembiayaan seperti berikut:   

Bil  Baki Pinjaman  Tempoh Bayaran Balik     
1 RM10,000 dan kebawah 60 Bulan (5 tahun) 
2 RM10,001 hingga RM22,000 120 Bulan (10 tahun)
3 RM22,001 hingga RM50,000 180 Bulan (15t ahun) 
4 RM50,001 ke atas 240 Bulan (20 tahun)

 



Soalan 3:
Apakah yang dimaksudkan dengan baki pinjaman semasa?

Jawapan:
Baki pinjaman semasa bermaksud jumlah prinsipal termasuk kos pentadbiran yang masih belum dijelaskan sehingga tarikh permohonan dibuat.



Soalan 4:
Bagaimanakah Ujrah ditentukan?

Jawapan:
Jumlah Ujrah = [ 1% / 12] x Jumlah Pembiayaan x tempoh bayaran balik (bulan) 



Soalan 5:
Bagaimana saya boleh mendapatkan tawaran pertukaran Ujrah?

Jawapan:

  1. Hadir di mana-mana kaunter PTPTN; atau
  2. Hubungi Hotline PTPTN; atau
  3. Emel/ faks kepada pegawai tanggungjawab (Klik sini)

 

 

Kemaskini: 22/01/2014