Kaedah permohonan pembiayaan pendidikan secara online:
- Pemohon hendaklah memohon pembiayaan pendidikan secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi PTPTN di http://www.ptptn.gov.my.
- Pemohon hanya dibenarkan memohon berpandukan tarikh yang telah ditetapkan mengikut IPT masing-masing yang boleh dirujuk di Portal Rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my
- Pemohon perlu membeli No. PTPTN bernilai RM 5.00 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional melalui 3 saluran dibawah sebelum membuat pendaftaran kali pertama permohonan pembiayaan pendidikan iaitu:
1. Kaunter
2. Mesin Juruwang Automatik (ATM)
3. Mesin Deposit Tunai (CDM)
2. Mesin Juruwang Automatik (ATM)
3. Mesin Deposit Tunai (CDM)
- No. PTPTN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian No. PTPTN di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga tarikh pendaftaran permohonan online.
- Pemohon hendaklah mendapat tawaran kemasukan ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan.
- Pemohon perlu mempunyai nombor akaun individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing kecuali kepada pemohon yang mengikuti pengajian di IPT yang memberi kemudahan pra-pembukaan akaun bank untuk pelajarnya.