|
|
|
|
Soalan 1: Bagaimanakah cara untuk mengetahui samada nama saya telah disenarai hitam?
Soalan 2: Apa yang perlu dilakukan sekiranya nama telah disenarai hitam?Jawapan: Jika peminjam telah disenarai hitam, peminjam perlu menjelaskan keseluruhan tunggakan.
Soalan 3: Bolehkan saya membuat rayuan jika saya tidak mampu untuk menyelesaikan keseluruhan tunggakan secara sekaligus dan apakah prosedur rayuan pembatalan nama dari senarai hitam?Jawapan: Boleh, prosedur rayuan pembatalan nama dari senarai hitam adalah seperti berikut:
Langkah 1 – Kemukakan surat rayuan Peminjam perlu mengemukakan permohonan rayuan rasmi berhubung rancangan pembayaran yang bakal dilaksanakan besertakan dokumen-dokumen yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Surat Rayuan; dan
- Salinan Slip Gaji terkini sekiranya bekerja; atau
- Penyata pendapatan bagi peminjam yang bekerja sendiri; atau
- Surat Akuan daripada Pesuruhjaya Sumpah diperlukan sekiranya peminjam tidak bekerja; atau
- Penyata KWSP yang terkini sekiranya ada; atau
- Surat Tawaran Belajar jika masih belajar; atau/dan
- Pengesahan pindaan tarikh tamat pengajian dari IPT jika masih belum menamatkan pengajian.
Langkah 2 – Makluman/semakan keputusan rayuan Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui email atau telefon (jika maklumat dikemaskini). Peminjam juga boleh menyemak keputusan rayuan dengan menghubungi Hotline di talian 03-2080 4455.
Langkah 3 – Pembatalan nama dari senarai hitam Bagi membatalkan nama dari senarai hitam, peminjam perlu mengemukakan dokumen berikut selepas bayaran dibuat berdasarkan keputusan rayuan.
- Surat akuan.
- Slip bayaran (jika bayaran belum direkodkan dalam penyata)
- Borang potongan gaji / Salinan borang standing instruction
Pertanyaan atau serahan dokumen berkenaan boleh diajukan kepada:
- Kaunter Bahagian Penguatkuasan dan Kutipan Balik, PTPTN.
- One Stop Center, KL Sentral.
- Info Center di Sabah dan Sarawak
- Call Center PTPTN di talian 03-20804455 (pertanyaan sahaja)
Soalan 4: Apakah implikasinya, jika nama saya telah disenarai hitam?
Jawapan: Peminjam akan dihalang daripada meninggalkan Malaysia/ keluar negara, tidak dapat untuk memperbaharui pasport dan permohonan baru akan ditolak oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia.
|
|