Navigation
 
Wang Pendahuluan Pinjaman

Soalan 1:
Saya telah menerima surat tawaran untuk memasuki IPT tetapi saya tidak bercadang untuk belajar lagi. Bolehkah saya menunaikan WPP yang ditawarkan ?

Jawapan:

Sekiranya anda menolak tawaran ke IPT, WPP tidak perlu ditunaikan. Sekiranya WPP tersebut telah ditunaikan,anda dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penunaian.


Soalan 2:
Saya telah menerima tawaran untuk belajar di Politeknik. Ibubapa saya berpendapatan kurang daripada RM3,000. Kenapa saya tidak ditawarkan WPP?

Jawapan:
Pemberian WPP hanya diberikan kepada pelajar-pelajar yang menerima tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di IPTA sahaja tidak termasuk Politeknik dan IPTS.


Soalan 3:
Adakan WPP diberi secara percuma kepada pelajar yang kurang berkemampuan?


Jawapan:
WPP merupakan sebahagian daripada jumlah pembiayaan dan diberikan lebih awal untuk persiapan pelajar sebelum mendaftar masuk ke IPT. WPP akan dipotong semasa pengeluaran pembiayaan kepada pelajar.


Soalan 4:
Bagaimana cara untuk saya menunaikan WPP setelah dimaklumkan bahawa saya ditawarkan WPP?

Jawapan:
Pelajar dikehendaki untuk berurusan di mana-mana kaunter CIMB dengan membawa bersama MyKad.


Soalan 5:
Bagaimanakah untuk saya mendapatkan WPP?

Jawapan:
Pelajar perlu mengisi borang permohonan kemasukan ke IPT melalui UPU online. Tandakan YA, pada ruangan No. 37 bagi membolehkan proses WPP dibuat dan seterusnya penawaran kepada pelajar yang layak akan  dilakukan oleh PTPTN.