Soalan 1: Saya telah menerima surat tawaran untuk memasuki IPT tetapi saya tidak bercadang untuk belajar lagi. Bolehkah saya menunaikan waran WPP yang saya terima?
Jawapan: Sekiranya anda menolak tawaran ke IPT, waran WPP tidak perlu ditunaikan. Sekiranya waran tersebut telah ditunaikan, anda dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh 30 hari daripada tarikh waran ditunaikan.
Soalan 2: Saya menerima tawaran untuk belajar di Politeknik. Ibubapa saya berpendapatan kurang daripada RM3,000. Kenapa saya tidak dapat WPP?
Jawapan: Pemberian WPP hanya diberikan kepada pelajar-pelajar yang menerima tawaran untuk mengikuti pengajian diperingkat Diploma dan Ijazah Pertama di IPTA sahaja tidak termasuk Politeknik dan IPTS.
Soalan 3: Adakah WPP diberi secara percuma kepada pelajar yang kurang berkemampuan?
Jawapan: WPP merupakan sebahagian daripada jumlah pinjaman dan diberikan lebih awal untuk persiapan pelajar sebelum mendaftar masuk ke IPT. WPP akan dipotong daripada jumlah pinjaman yang akan dikeluarkan kepada pelajar.
Soalan 4: Saya ada menerima waran WPP yang diposkan ke rumah saya tetapi saya tidak memerlukannya. Apakah yang perlu buat?
Jawapan: Waran WPP yang tidak diperlukan serta belum ditunaikan hendaklah dipulangkan semula ke PTPTN.
Soalan 5: Saya telah menerima tawaran ke IPTA dan pada masa yang sama telah menerima waran WPP. Walau bagaimanapun waran WPP tersebut hilang. Bolehkah pihak PTPTN mengeluarkan semula waran tersebut kepada saya?
Jawapan: Tidak boleh kerana pengeluaran waran WPP hanya dikeluarkan sekali sahaja.
|