Navigation
 
Perjanjian

Soalan 1:
Bagaimanakah caranya untuk saya memaklumkan mengenai perubahan alamat dan butiran diri saya?

Jawapan:
Pengemaskinian maklumat butiran diri boleh dibuat melalui pengisian Borang Perubahan Maklumat yang boleh didapati di kaunter PTPTN/ Bahagian HEP IPT masing-masing/ laman web rasmi PTPTN (di sini)/ menulis surat rasmi ke PTPTN.


Soalan 2:
Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan salinan dokumen tawaran kerana dokumen tawaran saya hilang?

Jawapan:
Anda perlu mengisi borang Permohonan Semula Dokumen Perjanjian (di sini) serta mengepilkan bersama wang pos atau bank draf bernilai RM90 dan hantarkan ke PTPTN. Pihak PTPTN mengambil masa 7 hari bekerja untuk memproses permohonan tersebut dan mengemukakan semula kepada pelajar menggunakan kaedah Pos Laju sahaja.


Soalan 3:
Dimanakah saya boleh mendapatkan Setem Hasil?

Jawapan:
Setem Hasil boleh diperolehi di mana-mana kaunter Pejabat Pos Malaysia sahaja.


Soalan 4:
Bagaimanakah cara untuk saya menuntut salinan dokumen perjanjian. Saya belum lagi menerima salinan dokumen perjanjian. Berkemungkinan surat saya dikembalikan ke pejabat tuan kerana saya telah berpindah?

Jawapan:
Anda boleh membuat semakan dengan PTPTN sama ada dokumen tersebut telah dikembalikan semula di PTPTN. Sekiranya dokumen tersebut telah dikembalikan semula, anda boleh hadir di kaunter Unit Perjanjian (tingkat 9) atau mengisi ’Borang Permohonan Dokumen Perjanjian Pinjaman / Pembiayaan Yang Dikembalikan Oleh Pos Malaysia Ke PTPTN’  (di sini) serta mengepilkan bersama sampul Pos Ekspress bersaiz A4 dengan menulis nama dan alamat sendiri serta poskan ke PTPTN. 


Soalan 5:
Sekiranya saya tidak dapat menuntut salinan dokumen perjanjian di PTPTN, bolehkah saya mewakilkan orang lain untuk menuntut dokumen tersebut?

Jawapan:
PTPTN membenarkan ibu-bapa atau adik beradik untuk menuntut dokumen tersebut bagi pihak anda. Sekiranya wakil selain daripada tersebut diatas, anda mestilah menulis surat rasmi dengan menyatakan nama dan no kad pengenalan wakil atau mengisi borang permohonan dokumen perjanjian pinjaman / pembiayaan Yang dikembalikan oleh Pos Malaysia ke PTPTN  (di sini) dan tandatangan anda pada borang tersebut mestilah sama dengan tandatangan dokumen perjanjian semasa anda memohon dahulu.


Soalan 6:
Sebelum saya menandatangani dokumen tawaran, saya dapati terdapat perbezaan maklumat pengajian yang saya ikuti pada surat tawaran pembiayaan. Bolehkah saya meminda surat tawaran tersebut?

Jawapan:
Tidak boleh. Semua maklumat yang dicetak dalam dokumen tawaran pembiayaan adalah berdasarkan pengisian permohonan oleh pelajar. Sebarang pindaan tidak dibenarkan di buat ke atas surat tawaran pembiayaan PTPTN. Manakala, bagi pindaan yang melibatkan maklumat pengajian, anda perlu menolak tawaran berkenaan dan mengemukakan semula permohonan baru.