|
|
|
|
Soalan 1: Bilakah tarikh pinjaman dikeluarkan kepada pelajar pada setiap semester?
Jawapan: Pengeluaran pembiayaan pinjaman dilakukan secara berkelompok pada setiap semester setelah mendapat pengesahan daripada IPT.
Soalan 2: Adakah saya akan terus mendapat bayaran pinjaman sekiranya saya menangguhkan pengajian?
Jawapan: Pembiayaan pinjaman akan diberhentikan pada semester anda menangguhkan pengajian. Sekiranya anda telah menerima pinjaman pada semester tersebut, pembiayaan pinjaman anda akan diberhentikan pada semester berikutnya. Pembiayaan bagi semester seterusnya hanya akan dilakukan berdasarkan pengesahan IPT.
Soalan 3: Adakah saya layak mendapatkan semula pinjaman yang telah diberhentikan disebabkan saya memperolehi GPA di bawah 2.00?
Jawapan: Tidak layak. Tunggakan tidak akan dibayar sekiranya pinjaman diberhentikan disebabkan GPA di bawah 2.00.
Soalan 4: Adakah saya layak mendapatkan baki pinjaman jika berjaya menamatkan pengajian lebih awal daripada tempoh pengajian sebenar?
Jawapan: Pinjaman akan dikeluarkan setakat tempoh anda berjaya menamatkan pengajian samada lebih awal atau mengikut tempoh pengajian lazim. Tuntutan bayaran balik pinjaman adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang anda terima termasuk kos pentadbiran.
Soalan 5: Saya telah mendapat GPA di bawah 2.00 dan telah memperbaiki GPA tersebut pada semester pendek (cuti semester). Adakah saya layak untuk mendapatkan pinjaman yang telah diberhentikan?
Jawapan: Tidak layak. Pengeluaran pinjaman adalah berasaskan keputusan GPA pada semester panjang sahaja.
Soalan 6: Bolehkah pinjaman dibayar ke akaun waris pelajar?
Jawapan: Tidak boleh. Pengeluaran pinjaman dikreditkan terus ke akaun persendirian pelajar sahaja.
Soalan 7: Saya telah menerima pinjaman PTPTN dan pada waktu yang sama saya juga telah menerima pinjaman daripada penaja lain. Bolehkah saya menerima kedua-dua penajaan untuk saya terus belajar?
Jawapan: Anda perlu memilih salah satu penaja sahaja. PTPTN berhak menamatkan pinjaman anda serta merta dan membuat tuntutan daripada penaja lain.
Soalan 8: Adakah saya layak meneruskan pinjaman sekiranya saya ingin bertukar kursus/program pengajian di IPT?
Jawapan: Anda boleh dipertimbangkan untuk meneruskan pinjaman sekiranya pertukaran program/kursus tidak melibatkan anda mengulang semester dan telah mendapat kelulusan pertukaran kursus daripada IPT.
|
|