Soalan Lazim Mengenai Ejen Online PTPTN

Soalan 1:
Siapakah Ejen Online PTPTN?


Jawapan :
Ejen Online PTPTN adalah terdiri daripada Rakan Niaga Affliate (RNA) dan Ejen Pemasaran Online (EPO) yang berdaftar dengan PTPTN untuk mempromosi dan memasarkan produk SSPN- i Plus.

 


Soalan 2:  
Apakah syarat-syarat untuk menjadi Ejen Online PTPTN?

Jawapan :
Syarat-syarat untuk menjadi Ejen Online PTPTN adalah seperti berikut:

Rakan Niaga Affiliate (RNA)

  • Warganegara Malaysia

  • Berumur 18 tahun dan ke atas

  • Tidak berstatus muflis

Ejen Pemasaran Online (EPO)

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Tidak berstatus muflis
  • Mempunyai akaun SSPN-i Plus
  • Telah menghadiri seminar/kursus/bengkel/taklimat berkenaan produk SSPN- i Plus

 


Soalan 3:
Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai Ejen Online PTPTN?

Jawapan:
Sesiapa yang berminat untuk menjadi Ejen Online PTPTN boleh mendaftar secara online di url https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/affiliate/

  • Sebelum pendaftaran dibuat, pastikan semua terma dan syarat dibaca dan dipersetujui;
  • Pastikan semua maklumat peribadi dilengkapkan dengan betul;
  • Mengesahkan pendaftaran setelah proses pendaftaran selesai.

Setiap pendaftaran baharu Ejen Online PTPTN akan menjadi RNA dan akan diberikan link untuk tujuan pemasaran secara online.

RNA boleh dinaik taraf kepada EPO sekiranya menghadiri seminar/ kursus/ bengkel/ taklimat yang dianjurkan oleh PTPTN. RNA yang telah memiliki kelulusan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) masih perlu menghadiri kursus yang dikendalikan oleh PTPTN sebelum dilantik EPO.

 


Soalan 4: 
Bagaimanakah caranya untuk menghadiri seminar/ kursus/ bengkel/ taklimat untuk dinaik taraf sebagai  EPO?

Jawapan:
RNA boleh menghubungi pegawai PTPTN yang telah berurusan dengannya atau emel ke epo@ptptn.gov.my untuk pertanyaan lanjut.

 


Soalan 5: 
Apakah kaedah pemasaran bagi RNA dan EPO?

Jawapan:
Kaedah pemasaran RNA adalah melalui online* sahaja.

Manakala bagi EPO adalah tidak terhad kepada online* malahan boleh juga secara bersemuka, samada melalui perkongsian individu atau melalui taklimat.

*Pemasaran secara online adalah dengan mengiklankan url SSPN-i Plus atau banner yang mengandungi ID Ejen melalui media baharu seperti blog, Facebook, Instagram,Twitter, Whatapps dan email blast.

 


Soalan 6: 
Adakah Ejen Online PTPTN dibenarkan menerima tunai daripada pelanggan?

Jawapan:
Tidak, Ejen Online PTPTN tidak dibenarkan memungut wang tunai atau apa-apa bentuk pembayaran bagi tujuan pembukaan atau penambahan deposit SSPN-i Plus.  Semua transaksi hendaklah dibuat secara online sahaja.

 


Soalan 7: 
Apakah perbezaan RNA dan EPO?

Jawapan:
Berikut adalah perbezaan antara RNA dan EPO :-

Bil

Perkara

Rakan Niaga Affiliate (RNA)

Ejen Pemasaran Online (EPO)

1

Pendaftaran

  • Pendaftaran online melalui sistem EPO
  • Pendaftaran  online melalui sistem EPO
  • Dinaik taraf setelah menghadiri seminar/ kursus/ bengkel/ taklimat daripada PTPTN
  • Mempunyai akaun SSPN-i Plus
  • Bagi ejen yang telah memiliki TBE masih perlu menghadiri seminar/ kursus/ bengkel/ taklimat daripada PTPTN

2

Kaedah Pemasaran

  • Kaedah pemasaran melalui online sahaja
  • Melalui online
  • Secara bersemuka dengan pelanggan

3

Komisen

  • 15% untuk pembukaan akaun baharu SSPN-i Plus sahaja
  • 25% untuk pembukaan akaun baharu SSPN-i Plus
  • 0.25% dari amaun simpanan bulanan selama 24 bulan

4

Khidmat selepas jualan

  • Tidak perlu
  • Memberi khidmat susulan kepada pelanggan untuk memguruskan penambahan deposit, pengeluaran dan tuntutan.

 


Soalan 8:
Berapakah kadar dan bayaran komisen yang akan diterima oleh RNA dan EPO?

Jawapan:
Kadar komisen bagi RNA dan EPO adalah seperti berikut:

Rakan Niaga Affliate (RNA)

Ejen Pemasaran Online (EPO)

15% untuk pembukaan akaun baharu SSPN- i Plus. sahaja (berdasarkan amaun pakej)

  • 25% untuk pembukaan akaun baharu SSPN- i Plus (berdasarkan amaun pakej)
  • 0.25% dari amaun simpanan bulanan SSPN- i Plus selama 24 bulan*.

 

Jumlah bayaran komisen untuk satu (1) akaun bagi setiap pakej adalah seperti berikut:

PAKEJ

AMAUN PAKEJ
(RM)

KOMISEN (RM)

RNA

EPO

Pembukaan Akaun Baharu (One-Off)
(15% x nilai pakej)

Pembukaan Akaun Baharu (One-Off)
(25% x nilai pakej)

Simpanan Berkala
(*Bulanan)
(0.25% x simpanan sahaja)

Intan

30

4.50

7.50

0.05

Delima

50

7.50

12.50

0.10

Topas

100

15.00

25.00

0.20

Zamrud

200

30.00

50.00

0.45

Nilam

300

45.00

75.00

0.70

Berlian

500

75.00

125.00

0.50

*Bayaran komisen bulanan sehingga 24 bulan selagi pendeposit mencarum

 


Soalan 9:  
Bagaimanakah kaedah bayaran komisen dibuat?

Jawapan:
Ejen Online PTPTN akan menerima bayaran komisen bagi setiap transaksi yang berjaya pada setiap 20 haribulan pada bulan berikutnya yang dibuat secara Electronic Funds Transfer (EFT) ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan. Bayaran tersebut mestilah minimum RM10.00. Sekiranya jumlah keseluruhan komisen kurang daripada amaun tersebut, ia akan dibawa ke bulan berikutnya.

 


Soalan 10: 
Bolehkah RNA dan EPO berhenti menjadi ejen atau diberhentikan?


Jawapan:
Tiada tarikh luput untuk tempoh lantikan RNA. Walau bagaimanapun sekiranya RNA berhasrat untuk berhenti menjadi ejen, RNA boleh menghubungi Pengurus Cawangan (PC) yang menyelianya untuk membuat permohonan penamatan.
Sekiranya EPO berhasrat untuk berhenti menjadi ejen, permohonan pemberhentian tersebut boleh dibuat melalui PC yang menyelianya.

PTPTN juga boleh memberhentikan/ menamatkan lantikan EPO sekiranya EPO tidak memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Tiada sebarang akaun SSPN-i Plus dibuka menggunakan ID EPO dalam tempoh 3 bulan
  • Melakukan penipuan kepada orang awam atau PTPTN
  • Aduan perkhidmatan yang kurang memuaskan

 

Kemaskini: 02/05/2017