Pemberian Dividen Tahunan Bagi Pendeposit SSPN-i/ SSPN-i Plus


Soalan 1 :
Siapakah yang layak menerima dividen?

Jawapan :
Semua pendeposit yang mempunyai akaun SSPN – i atau SSPN-i Plus yang berstatus aktif adalah layak menerima dividen pada kadar yang diisytiharkan.

Dividen dibayar melalui pengkreditan semula ke akaun SSPN-i / SSPN-i Plus masing-masing. Oleh itu pendeposit yang membuat penutupan akaun sebelum pemberian dividen tahunan dibuat, adalah TIDAK LAYAK menerima dividen tersebut.


Soalan 2 :
Adakah pendeposit layak menikmati dividen tahunan jika membuat pengeluaran simpanan sebelum dividen tahunan diagihkan?

Jawapan :
Ya, pendeposit masih layak menerima dividen tahunan selagi akaun pendeposit berstatus aktif.


Soalan 3 :
Bagaimana dividen tersebut dibayar kepada pendeposit?

Jawapan :
Dividen dibayar dengan mengkreditkan jumlah dividen yang diterima ke dalam akaun SSPN-i / SSPN-i Plus masing-masing.


 

Kemaskini: 26/01/2017