Direct Debit Untuk Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

 

A) Maklumat Umum

Soalan 1 :
Apa itu  kemudahan Direct Debit untuk bayaran balik pinjaman PTPTN?

Jawapan :
Kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN di mana peminjam memberi kebenaran kepada PTPTN membuat sejumlah potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan / Akaun Semasa.


Soalan 2 :
Apakah bank-bank yang menyediakan kemudahan ini?

Jawapan :
Terdapat 22 bank yang menyediakan kemudahan Direct Debit iaitu::

Bil

Bank Tempatan

Bil

Bank Antarabangsa

1

  Bank Islam

1

  Citibank

2

  CIMB Bank

2

  HSBC

3

  CIMB Bank Islamic

3

  HSBC Amanah

4

  Bank Rakyat

4

  OCBC Bank

5

  Maybank

5

  OCBC Al - Amin

6

  Maybank Islamic Bank

6

  Deutsche Bank

7

  Public Bank

7

  Standard Chartered Bank

8

  Public Islamic Bank

8

  Standard Chartered Saadiq

9

  RHB Bank

9

  Bank of America Merill Lynch

10

  RHB Islamic Bank

10

  J.P. Morgan

11

  Hong Leong Bank

 

 

12

  Hong Leong Islamic Bank

 

 

 


Soalan 3 :
Adakah kemudahan Direct Debit percuma?

Jawapan :
Ya, perkhidmatan Direct Debit adalah PERCUMA. Tiada caj dikenakan untuk permohonan dan setiap transaksi Direct Debit yang berjaya.


B) Permohonan Direct Debit

Soalan 4 :
Apakah syarat-syarat permohonan Direct Debit?

Jawapan :
Syarat-syarat permohonan Direct Debit bagi bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:

  1. Terbuka untuk bayaran balik pinjaman bagi pinjaman Ujrah / Konvensional.

  2. Jumlah bayaran balik melalui Direct Debit mestilah sama atau melebihi jumlah ansuran bulanan yang ditetapkan.

  3. Akaun bank yang dipilih mestilah berstatus Aktif

  4. Permohonan Direct Debit untuk bayaran balik pinjaman hendaklah menggunakan Akaun Semasa / Akaun Simpanan peminjam atau mana-mana individu lain yang bersetuju untuk membuat potongan bagi pihak peminjam.


Soalan 5 :
Bagaimanakah kaedah permohonan bayaran balik melalui Direct Debit?

Jawapan :
Pelanggan hendaklah mendapatkan Borang Kebenaran Direct Debit (Direct Debit Authorization Form)* di kaunter PTPTN. Borang hendaklah diisi dengan jelas mengikut panduan pengisian borang yang disertakan dan borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke mana-mana kaunter PTPTN terdekat.
*Hanya borang yang ASAL diterima.


Soalan 6 :
Berapakah tempoh masa proses permohonan Direct Debit ?

Jawapan :
Tempoh proses permohonan akan mengambil masa 21 hari bekerja daripada tarikh borang permohonan yang lengkap diterima.


Soalan 7 :
Siapakah yang meluluskan permohonan Direct Debit?

Jawapan :
TPermohonan Direct Debit akan diluluskan oleh pihak PTPTN dan bank pemohon.


Soalan 8 :
Apakah sebab permohonan Direct Debit tidak diluluskan oleh PTPTN atau bank?

Jawapan :
Permohonan Direct Debit tidak diluluskan oleh PTPTN atau bank kerana:

  1. Borang yang tidak diisi dengan jelas

  2. Borang tidak lengkap

  3. Borang yang tidak diisi mengikut panduan yang disertakan

  4. Tandatangan pemohon di dalam Borang Kebenaran Direct Debit tidak sama dengan tandatangan semasa pembukaan akaun bank.

  5. Kesilapan nombor akaun

  6. Akaun pemohon tidak aktif

  7. Sebab-sebab lain yang ditentukan oleh pihak bank pemohon.


Soalan 9 :
Adakah pemohon boleh menghantar Borang Kebenaran Direct Debit terus kepada bank yang terlibat?

Jawapan :
Tidak boleh. Borang hendaklah dihantar ke kaunter PTPTN sahaja.


C) Transaksi Potongan Direct Debit

Soalan 10 :
Bilakah permotongan bayaran balik melalui Direct Debit akan berlaku?

Jawapan :
Permotongan bayaran balik akan berlaku pada 10hb atau 27hb setiap bulan tertakluk kepada tarikh kelulusan permohonan kebenaran Direct Debit oleh pihak bank pemohon.


Soalan 11 :
Apakah sebab transaksi potongan Direct Debit gagal dilakukan?

 Jawapan :
Transaksi potongan Direct Debit gagal dilakukan kerana sebab-sebab berikut:

  1. Baki di dalam akaun tidak mencukupi

  2. Akaun pemohon tutup / Akaun tidak aktif

  3. Sebab-sebab lain yang ditentukan oleh pihak bank pemohon


Soalan 12 :
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya transaksi potongan pada bulan tersebut gagal dilakukan?

Jawapan :
PTPTN akan membuat potongan pada 10hb atau 27hb  setiap bulan.  Sekiranya tiada potongan berjaya dilakukan pada salah satu tarikh tersebut, ini bermakna tiada bayaran balik daripada peminjam bagi bulan tersebut. Peminjam dikehendaki membuat bayaran balik melalui saluran lain bagi mengelakkan pinjaman menjadi tertunggak sekaligus memberi kesan kepada rekod CCRIS.


Soalan 13 :
Adakah bayaran untuk ansuran bulan semasa akan dipotong bersekali dengan potongan pada bulan hadapan sekiranya Direct Debit tidak berjaya dilakukan. Sebagai contoh, transaksi potongan Direct Debit gagal kerana baki di dalam akaun tidak mencukupi (insufficient balance)?

Jawapan :
Tidak. Setiap potongan adalah di atas jumlah ansuran bayaran balik sebulan sahaja. Sekiranya tiada potongan berjaya dilakukan dalam bulan tersebut, ini bermakna tiada bayaran balik daripada peminjam bagi bulan tersebut.

Oleh itu, peminjam hendaklah memastikan baki dalam akaun bank adalah mencukupi untuk memastikan potongan dapat dibuat sekaligus dapat menikmati kelebihan Direct Debit.


D) Lain - lain

Soalan 14 :
Bilakah pengemaskinian pada penyata peminjam dibuat selepas transaksi potongan Direct Debit berjaya dilakukan?

Jawapan :
Penyata akan dikemaskini  dalam tempoh 3 hari bekerja selepas potongan Direct Debit berjaya dilakukan.


Soalan 15 :
Bagaimanakah sekiranya peminjam ingin membatalkan Direct Debit?

Jawapan :
Pembatalan secara automatik akan dibuat sekiranya baki hutang keseluruhan pinjaman telah diselesaikan. Pembatalan di atas sebab-sebab lain adalah tertakluk persetujuan pihak PTPTN.


Soalan 16 :
Bolehkah Direct Debit menggunakan Kad Kredit untuk bayaran balik pinjaman PTPTN?

Jawapan :
Tidak boleh. Direct Debit untuk Bayaran balik PTPTN adalah menggunakan Akaun Simpanan / Akaun Semasa sahaja.


Soalan 17 :
Apakah kelebihan yang dinikmati peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman menggunakan Direct Debit?

Jawapan :
Kelebihan bagi peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman melalui Direct Debit adalah seperti berikut:

  1. Peminjam layak menikmati Diskaun 10% menerusi insentif Bajet 2017 bagi setiap potongan yang berjaya dilakukan.

  2. Peminjam boleh memastikan bayaran balik pinjaman dibuat secara konsisten.

  3. Peminjam boleh mengelakkan hutang pinjaman menjadi tertunggak sekaligus  mengelakkan tindakan penguatkuasaan seperti senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan saman.

  4. Peminjam boleh mengelakkan rekod buruk dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) apabila tiada tunggakan pinjaman.          

*Tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

 

Kemaskini: 16/11/2016