Terma & Syarat Cabutan Wow! SSPN1M-i Plus (Bulanan, Sukuan & Tahunan)

1)

Pengecualian penyertaan dari kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak) serta kakitangan HLMT;

2)

Pendeposit perlu membuat pembukaan akaun baharu dan/atau penambahan deposit serta memastikan akaun aktif sehingga tamat tempoh promosi;

3)

Pendeposit SSPN1M-i Plus baharu atau sedia ada adalah layak untuk cabutan dengan syarat akaun kekal aktif tanpa tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan;

4)

Bilangan cabutan ditentukan daripada baki deposit SSPN1M-i Plus pada tarikh tamat tempoh promosi tersebut. Nilai deposit SSPN1M-i Plus adalah berdasar nilai pakej (jumlah simpanan + takaful);

5)

Bilangan cabutan adalah berdasarkan setiap RM50 bersamaan dengan satu (1) cabutan;

6)

Pendeposit layak untuk memenangi hadih berikut:

   
   
   
  Cabutan WOW! SSPN1M-i Plus (Bulanan)
Tempoh : Mac – Disember 2018
   
 
   
 
Hadiah Hadiah Bilangan Hadiah
1 Pakej Percutian Keluarga Dalam Negara
Bernilai RM4,000 + RM1,500
1
Saguhati Tiket Percutian Keluarga ke Taman Tema Dalam Negara
Bernilai RM1,500 + RM500
30
Jumlah Keseluruhan  31
   
   
   
   
  CABUTAN WOW! SSPN1M-i Plus (Sukuan)
Tempoh : Januari - Mac 2018, April - Jun 2018 , Julai - September 2018 , Oktober – Disember 2018
   
 
   
 
Hadiah Hadiah Bilangan Hadiah
1 Pakej Percutian Keluarga Ke Taman Tema Disneyland Jepun / Umrah
Bernilai RM23,000 + RM3,000
4
Jumlah Keseluruhan  4
   
   
   
   
  CABUTAN WOW! SSPN1M-i Plus (Tahunan)
Tempoh : Januari – Disember 2018
   
 
   
 
Hadiah Hadiah (RM) Bilangan Hadiah
1 100,000 1
2 50,000 2
3 10,000 3
  200.00 4000
Jumlah Keseluruhan  4006
 

 

   

7)

Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh promosi, akaun itu masih layak untuk menyertai cabutan;

8)

Hadiah berbentuk ganjaran tunai akan didepositkan ke akaun SSPN1M-i Plus;

9)

PTPTN berhak untuk membuat pertukaran hadiah atau kaedah bayaran tanpa notis kepada pemenang;

10)

PTPTN berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya didapati pendeposit tidak layak dan tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan;

11)

Keputusan pemenang yang diumumkan oleh PTPTN adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan;

12)

PTPTN tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan tersebut;

13)

Pemenang perlu menanggung semua kos tuntutan hadiah dan kehadiran ke majlis penyampaian hadiah; dan

14)

PTPTN berhak untuk menggunakan, menerbit dan/ atau mempamerkan nama, alamat, maklumat dan/ atau gambar pemenang untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/ atau perdagangan tanpa memberi sebarang imbuhan mahupun pemberitahuan kepada pemenang.

15)

Perdagangan tanpa memberi sebarang imbuhan mahupun pemberitahuan kepada pemenang.