Cabutan WOW! 20 Tahun PTPTN

 

Cabutan Istimewa 20 Tahun PTPTN

Tempoh : Julai - Oktober 2017

Hadiah

Hadiah Tunai (RM)

Bilangan

1

100,000

1

2

10,000

1

3

1,000

100

Saguhati

100

200

 

Terma & Syarat Cabutan Istimewa

  1. Pengecualian penyertaan dari kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak) serta kakitangan HLMT;

  2. Pendeposit perlu membuat pembukaan akaun baharu atau penambahan deposit serta memastikan akaun aktif sehingga tamat  tempoh promosi;

  3. Pendeposit SSPN-i Plus baharu atau sedia ada adalah layak untuk Cabutan Istimewa dengan syarat akaun kekal aktif tanpa tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan;

  4. Bilangan cabutan adalah berdasarkan setiap  RM50 bersamaan dengan satu (1) cabutan;

  5. Pendeposit yang membuat bayaran kehadapan turut layak untuk cabutan, namun kelayakan cabutan adalah berdasarkan jumlah deposit (simpanan+takaful) semasa dalam tempoh promosi.

  6. Pendeposit hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah Cabutan Istimewa sahaja;

  7. Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh promosi, akaun itu masih layak untuk menyertai cabutan;

  8. Hadiah tunai yang dimenangi akan di depositkan sebagai simpanan ke akaun SSPN-i Plus;

  9. PTPTN berhak untuk membuat pertukaran hadiah atau kaedah bayaran tanpa notis kepada pemenang;

  10. PTPTN berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya didapati pendeposit tidak layak dan tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan;

  11. Keputusan pemenang yang diumumkan oleh PTPTN adalah muktamad. Sebarang surat-    menyurat, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan;

  12. PTPTN tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan tersebut;

  13. Pemenang perlu menanggung semua kos tuntutan hadiah dan kehadiran ke majlis penyampaian hadiah; dan

  14. PTPTN berhak untuk menggunakan, menerbit dan/ atau mempamerkan nama, alamat, maklumat dan/ atau gambar pemenang untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/ atau    perdagangan tanpa memberi sebarang imbuhan mahupun pemberitahuan kepada pemenang.

Untuk memohon dan membuka akaun, sila klik disini www.lovesspn.com

 

                                                                                                                                               

 

Cabutan Bulanan 20 Tahun PTPTN

Tempoh : Julai - Disember 2017

Hadiah

Hadiah Tunai (RM)

Bilangan

Utama

10,000

1

Saguhati

100

100

 

Terma & Syarat Cabutan Bulanan

  1. Pengecualian penyertaan dari kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak) serta kakitangan HLMT;

  2. Penyertaan adalah automatik dan hanya layak kepada pendeposit yang membuka akaun baharu atau penambahan deposit SSPN-i Plus / SSPN-i kepada pelajar tahun 1 tahun 2017 sekolah bantuan penuh kerajaan dalam tempoh promosi (tertakluk kepada terma dan syarat Insentif Khas Geran Sepadan Bajet 2017);

  3. Akaun tersebut perlu kekal aktif tanpa tunggakan  sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan;

  4. Bilangan cabutan ditentukan daripada jumlah deposit terkumpul simpanan SSPN-i Plus DAN SSPN-iyang telah berjaya dikreditkan ke dalam akaun pada bulan (tempoh promosi) tersebut. Jumlah deposit terkumpul SSPN-i Plus adalah berdasarkan nilai pakej (jumlah simpanan + takaful) manakala SSPN-i adalah berdasarkan nilai simpanan bersih (Deposit – Pengeluaran = Simpanan Bersih);

  5. Bilangan cabutan adalah sebanyak RM50 bersamaan dengan satu (1) cabutan;

  6. Pendeposit hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah Cabutan Bulanan  sahaja;

  7. Layak untuk menyertai cabutan bulanan seterusnya jika pendeposit sedia ada membuka akaun baharu* / penambahan deposit pada bulan berikutnya;

  8. Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh promosi, akaun itu masih layak untuk menyertai cabutan;

  9. Hadiah tunai yang dimenangi akan didepositkan sebagai simpanan dalam akaun SSPN-i Plus atau SSPN-i ;

  10. PTPTN berhak untuk membuat pertukaran hadiah dan kaedah bayaran tanpa notis kepada pemenang;

  11. PTPTN berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya didapati pendeposit tidak layak dan tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan;

  12. Keputusan pemenang yang diumumkan oleh PTPTN adalah muktamad. Sebarang surat menyurat, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan;

  13. PTPTN tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan tersebut;

  14. Pemenang perlu menanggung semua kos tuntutan hadiah dan kehadiran ke majlis penyampaian hadiah; dan

  15. PTPTN berhak untuk menggunakan, menerbit dan/ atau mempamerkan nama, alamat, maklumat dan/ atau gambar pemenang untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/ atau perdagangan tanpa memberi sebarang imbuhan mahupun pemberitahuan kepada pemenang.

Untuk memohon dan membuka akaun, sila klik di sini www.sspnpercuma50.com