Navigation
 
Capaian Borang


Menu Capaian Borang ini bertujuan untuk pengguna membuat capaian borang-borang yang penting berkenaan pinjaman PTPTN. Sila klik pada nama borang di bawah untuk membuat pilihan anda. Untuk makluman borang-borang adalah dalam format Adobe Acrobat (*.PDF). Maklumat setiap borang dijelaskan seperti di bawah :

 Nama Borang
Keterangan
Borang Permohonan Penangguhan Bayaran Balik**
Bagi memohon penangguhan bayaran balik setelah tamat pengajian.
Borang Maklum Balas**
Bagi maklum balas pengemaskinian maklumat peminjam dan pemilihan kaedah bayaran balik samaada secara bayaran sendiri atau potongan gaji.
Borang Pembatalan dan Penolakan PTPTN**
Bagi memaklumkan hasrat untuk membatalkan pinjaman kerana dapat penaja lain atau berhenti/ gagal pengajian.
Borang Pengesahan Pendapatan*
Gunakan borang pengesahan ini sekiranya Ibu Bapa / Penjaga tidak mempunyai Slip Gaji / Borang J / Kad Pesara / Penyata Pencen atau pengesahan lain.
Borang Kenaikan Kadar
Bagi tujuan kenaikan kadar permohonan pinjaman PTPTN. Borang ini hendaklah dikemukakan dengan lengkap kepada HEP IPT masing-masing.
Borang Permohonan Perlanjutan Pinjaman
Bagi tujuan permohonan perlanjutan pinjaman pendidikan PTPTN. Borang ini hendaklah dikemukakan dengan lengkap kepada HEP IPT masing-masing.
Borang Kebenaran/Penamatan Potongan Gaji Untuk Simpanan SSPN
Bagi tujuan membuat penambahan deposit SSPN atau penamatan melalui potongan gaji untuk kakitangan kerajaan, swasta dan badan berkanun. Borang ini hendaklah diisi dalam dua salinan. Maklumat lanjut di sini.
Borang Perubahan MaklumatBagi tujuan perubahan maklumat dalam dokumen tawaran pinjaman PTPTN.
Borang Permohonan Baki Pinjaman (Individu)
Borang Permohonan Baki Pinjaman ini adalah borang yang perlu dipohon dan diisi samada peminjam ataupun wakil peminjam bagi tujuan pengesahan baki pinjaman keseluruhan yang perlu dilangsaikan mengikut kepada tempoh masa yang tertentu. Dengan menggunapakai borang ini, maka peminjam tidak perlu lagi membuat surat rasmi berkenaan pengesahan jumlah baki pinjaman. (Baca FAQ di sini)
Borang Permohonan Baki Pinjaman (Wakil)Borang Permohonan Baki Pinjaman ini adalah borang yang perlu dipohon dan diisi samada peminjam ataupun wakil peminjam bagi tujuan pengesahan baki pinjaman keseluruhan yang perlu dilangsaikan mengikut kepada tempoh masa yang tertentu. Dengan menggunapakai borang ini, maka peminjam tidak perlu lagi membuat surat rasmi berkenaan pengesahan jumlah baki pinjaman. (Baca FAQ di sini)
Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN
Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN dalam bentuk Adobe Acrobat (*.pdf). Sila baca dengan lebih lanjut di sini.
Borang Tukar AlamatBorang permohonan ini adalah untuk membolehkan peminjam menukar alamat mereka. Borang yang telah lengkap diisi haruslah dihantar ke PTPTN bagi tujuan pengemaskinian.
Kaedah Bayaran Balik PinjamanSenarai ini akan memaparkan semua kaedah yang ada bagi pembayaran balik pinjaman.

* Borang Pengesahan Pendapatan ini hendaklah diserahkan bersama-sama dengan
borang permohonan pinjaman pendidikan PTPTN.

**Sila lengkapkan borang-borang yang berkaitan dan poskan ke alamat:


PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.