Jadual 1: Saluran Bayaran Balik

Saluran

Keterangan

Kaunter  PTPTN (seluruh negara)

  • Bayaran secara tunai
  • Bayaran tanpa tunai melalui Electronic Data  Capture (EDC) Terminal menggunakan:
    • Kad debit dan kad ATM yang mempunyai logo MEPS
    • Kad kredit (Visa dan Mastercard sahaja)

Kaunter Ejen

  • Bank Islam
  • CIMB Bank
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Bank Rakyat
  • Pos Malaysia

Potongan Gaji

  • Potongan gaji melalui Jabatan Akauntan Negara (JANM) atau majikan.
  • Permohonan potongan gaji boleh dibuat melalui kemudahan berikut:
  1. Online
  2. Borang Kebenaran Potongan Gaji Bayaran Balik*
    *Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke cawangan PTPTN berdekatan.
   Direct Debit
  • Kemudahan potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan / Akaun Semasa peminjam.
  • Dapatkan Borang Kebenaran Direct Debit (Authorization Direct Debit)* di kaunter PTPTN.
  • Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke mana-mana kaunter PTPTN terdekat.

    *Hanya borang permohonan yang ASAL diterima.

Akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

  • Peminjam perlu membuat permohonan pengeluaran pendidikan secara online melalui e-Pengeluaran di laman web KWSP.

 

Caj bank dan tempoh kemaskini maklumat bayaran pinjaman pendidikan yang dibuat melalui Kaunter PTPTN dan Ejen-Ejen Pungutan adalah seperti jadual di bawah :

Bil

Kaunter Bayaran

Caj Bank (RM)

Tempoh Kemas Kini (Hari Bekerja)

1.

Kaunter PTPTN (Tunai)

Tiada

1 hari

2.

Electronic Data Capture (EDC) Terminal.

0.53

3 hari

3.

Bank Simpanan Nasional (BSN)

0.53

3 hari

4.

Bank Rakyat

0.53

3 hari

5.

Bank Islam

1.06

3 hari

6.

CIMB Bank

2.12

3 hari

7.

Kaunter Pos Malaysia Berhad

2.12

7 hari

 
Nota:
  • Caj adalah termasuk GST 6%.
  • Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa

Tarikh  Kemaskini :  02/11/2016