Rayuan Terhadap Pengeluaran Notis Peringatan/Notis Peringatan Terakhir/ Notis Tuntutan/ Tindakan Penguatkuasaan Senarai Hitam/ Tindakan Penguatkuasaan Saman

Peminjam perlu mengemukakan permohonan rayuan rasmi berhubung rancangan pembayaran yang bakal dilaksanakan besertakan dokumen-dokumen yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Surat Rayuan; dan
  • Salinan Slip Gaji terkini sekiranya bekerja; atau
  • Penyata pendapatan bagi peminjam yang bekerja sendiri; atau
  • Surat Akuan tidak bekerja/bekerja sendiri/tiada slip gaji atau Surat Pengesahan tidak bekerja/bekerja sendiri/tiada slip gaji; atau
  • Surat Tawaran Belajar jika masih belajar; atau/dan
  • Pengesahan pindaan tarikh tamat pengajian dari IPT jika masih belum menamatkan pengajian.


Pertanyaan atau serahan dokumen berkenaan boleh diajukan kepada:

  • Unit Undang-Undang, Ibu Pejabat PTPTN.
  • Semua Pejabat PTPTN Negeri/Cawangan.
  • One Stop Center, KL Sentral.
  • One Stop Center, KPT Putrajaya
  • Urban Transformation Center (UTC) Kuala Lumpur.
  • Call Center PTPTN di talian 03-2080 4455.