Notis Arahan Bayaran Balik.
Notis Arahan Bayaran Balik akan dihantar kepada peminjam dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tempoh grace period (6 bulan). Jadual bayaran balik dibina enam bulan selepas tamat perjanjian bagi peminjam yang berjaya menamatkan pengajian dan 60 hari selepas tarikh pembatalan bagi peminjam yang gagal/berhenti/ mendapat penaja lain.
Notis Peringatan Pertama Dan Kedua.
- Notis Peringatan Pertama akan dikeluarkan sekiranya peminjam tidak member maklum balas selepas tamat tempoh 60 hari dari tarikh Notis Arahan Bayaran Balik dikeluarkan;
- Peminjam yang telah menerima Notis Peringatan Pertama hendaklah membuat bayaran/maklum balas dalam tempoh 60 hari; dan
- Notis Peringatan Kedua akan dikeluarkan kepada peminjam jika tiada membuat bayaran dan member maklum balas dalam tempoh 60 hari dari tarikh Surat Peringatan Pertama dikeluarkan