Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan

  1. Permohonan lengkap penangguhan perlu dikemukakan kepada PTPTN. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  2. Kos upah dikenakan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik.
  3. Borang permohonan boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN.
  4. Tempoh penangguhan bayaran balik adalah mengikut kategori kelayakan.

Kriteria Layak Dipertimbang Permohonan Penangguhan

  • Peminjam yang telah menamatkan pengajian dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa termasuk kursus profesional yang tidak mempunyai elaun.
  • Peminjam yang mengikuti pengajian secara kursus berkembar iaitu kursus yang diikuti secara 2+1 atau 2+2 atau seumpamanya yang memerlukan peminjam menyambung pengajian ke luar negara untuk melengkapkan pengajian.
  • Penerima biaya yang melanjutkan tempoh pengajian (Extend Semester)
  • Peminjam yang telah menamatkan pengajian tetapi masih belum bekerja (tiada pendapatan). Tempoh maksimum yang dibenarkan adalah 24 bulan dari tarikh mula bayar balik pinjaman.
  • Peminjam yang berstatus gagal / berhenti / bertukar pengajian / mendapat penaja lain, penangguhan hanya dibenarkan bagi peminjam yang meneruskan pengajian sahaja.

Kriteria Tidak Layak Dipertimbangkan Permohonan Penangguhan

  • Peminjam yang melanjutkan pengajian secara separuh masa (contohnya PJJ ,program Eksekutif atau setaraf) dan peminjam yang melanjutkan pengajian keluar negara tanpa tajaan dari mana-mana badan kerajaan / swasta.
  • Peminjam yang mengikuti kursus Phd atau setaraf.
  • Peminjam yang mengambil cuti belajar dengan bergaji penuh atau bergaji separuh.