Pembatalan pemotongan gaji Bagi tujuan pembatalan potongan gaji peminjam/penerima biaya perlu melengkapkan Borang Permohonan Pembatalan Potongan Gaji PTPTN dan hantar ke PTPTN untuk diproses. Surat Pembatalan arahan potongan gaji hanya akan dikeluarkan setelah menerima pengesahan habis bayar daripada Unit Lejer Pinjaman PTPTN. Peminjam/penerima biaya tidak dibenarkan memberhentikan potongan gaji selagi pinjaman masih berbaki. Pembatalan potongan gaji hanya akan dibuat jika PTPTN mendapat makluman daripada peminjam atau majikan peminjam berkenaan peminjam telah berhenti berkhidmat atau telah bertukar tempat kerja. Surat pindaan majikan akan dihantar kepada LHDNM jika menerima makluman pindaan majikan daripada peminjam.
Kegagalan majikan menguruskan potongan gaji peminjam Adalah menjadi kesalahan bagi majikan yang gagal menguruskan potongan gaji peminjam/penerima biaya selepas menerima permohonan potongan gaji dari peminjam. Tindakan penguatkuasaan akan diambil berdasarkan (seksyen 29 A).