Peminjam adalah bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman/ pembiayaan pendidikan yang dikeluarkan kepadanya oleh PTPTN, termasuk kos-kos lain seperti kos upah, bayaran perlindungan insurans, bayaran cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Pinjaman/ Pembiayaan Pendidikan yang telah ditandatangani oleh pihak PTPTN dan penerima biaya.

Tempoh Mula Bayaran Balik Pinjaman/ Pembiayaan Pendidikan

  1. Bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan adalah bermula 6 bulan selepas tamat pengajian/ pembiayaan pendidikan.

  2. Bagi tajaan 2003 dan ke bawah, penetapan tempoh bayaran balik pinjaman pendidikan adalah mengikut peringkat pengajian pelajar seperti di Jadual 1:

    Jadual 1 : Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN Bagi Tahun Tajaan 2003 Dan Ke Bawah

    Tahun Tajaan 2003 Dan Ke Bawah

    Bil

    Peringkat Pengajian

    Tempoh Bayaran Balik

    1

    Diploma IPTA/ Politeknik/ IPTS

    120 Bulan (10 tahun)

    2

    Ijazah IPTA (Sastera)

    120 Bulan (10 tahun)

    3

    Ijazah IPTA (Sains)

    180 Bulan (15 tahun)

    4

    Ijazah IPTS (Sastera)

    180 Bulan (15 tahun)

    5

    Ijazah IPTS (Sains)

    240 Bulan (20 tahun)

     

  3. Mulai 1 Januari 2004, penetapan tempoh bayaran balik adalah berdasarkan jumlah pinjaman/ pembiayaan pendidikan seperti di Jadual 2:

    Jadual 2 : Jumlah Dan Tempoh Bayaran Balik Pinjaman/ Pembiayaan Pendidikan PTPTN Mulai 1 Januari 2004

    Mulai 1 Januari 2004

    Bil

    Jumlah Pinjaman/Pembiayaan Pendidikan

    Tempoh Bayaran Balik

    1

    RM10,000 dan ke bawah

    60 Bulan (5 tahun)

    2

    RM10,001 hingga RM22,000

    120 Bulan (10 tahun)

    3

    RM22,001 hingga RM50,000

    180 Bulan (15 tahun)

    4

    RM50,001 ke atas

    240 Bulan (20 tahun)

     

  4. Tempoh bayaran balik bagi penerima biaya yang menerima penawaran pertukaran pinjaman dari 3% dan 5 % setahun kepada pembiayaan pendidikan "Ujrah" 1% setahun berdasarkan baki pinjaman pada tarikh kuatkuasa.

  5. Kos Pentadbiran Dan 'Ujrah' / Upah adalah seperti di bawah :

    Jadual 3: Perlaksanaan Kos Pentadbiran Dan 'Ujrah' / Upah

Bil.   Tarikh Kelulusan/ Kuatkuasa

Kos Pentadbiran/ 'Ujrah'

1 Sebelum 1 Januari 2004 4% setahun atas baki berkurang
2 Mulai 1 Januari 2004 3% setahun atas baki berkurang
3

Mulai 1 Mac 2007

(kursus Sarjana, PhD dan Profesional sahaja)

5% setahun atas baki berkurang
4 Mulai 1 Jun 2008 1% setahun atas kadar rata

Nota :

 * Kaedah baru pembiayaan pendidikan dengan pengenaan ‘Ujrah' atau upah sebanyak 1% setahun atas kadar rata (flat rate) adalah bagi menggantikan kaedah pinjaman sedia ada yang mengenakan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan (reducing balance).