Pemberian Geran Sepadan RM50 Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN-i / SSPN-i Plus

Berdasarkan perenggan 225, perkara kelima pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak "geran sepadan disediakan kepada pelajar tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i .

 

Terma & Syarat

  1. Berdaftar di tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan pada 2017

  2. Mempunyai akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus

  3. Membuat deposit simpanan minimum RM50 dalam tahun 2017

  4. SSPN-i Plus insentif sebagai simpanan tambahan tanpa ditolak premium takaful

  5. Seorang murid layak menerima sekali geran sepadan sahaja

  6. Jika ada 2 jenis akaun, insentif akan dimasukkan ke akaun SSPN-i Plus

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi careline di talian 03-2193 3000 atau pejabat cawangan yang berhampiran.
Sila klik di sini untuk senarai pejabat cawangan.

 

 

Perbandingan Produk SSPN-i dan SSPN-i Plus 

 

 

 

                ** Sila klik pada paparan untuk maklumat yang lebih jelas