Perlanjutan Tempoh Grace Period Pembayaran Balik Pinjaman Dilanjutkan Daripada 6 Bulan Kepada 12 Bulan Setelah Tamat Pengajian


Soalan 1 :
Apakah yang dimaksudkan dengan grace period?

Jawapan :
Grace period adalah tempoh yang tidak dikenakan sebarang kos upah sebelum Jadual Bayaran Balik bermula.


Soalan 2 :
Apakah kelebihan grace period kepada peminjam?

Jawapan :
Sepanjang tempoh grace period, tiada kos upah dan tindakan penguatkuasaan dikenakan kepada peminjam. Nama peminjam juga tidak disenaraikan dalam CCRIS.


Soalan 3 :
Berapa lamakah tempoh grace period?

Jawapan :
Mulai 1 November 2017, tempoh grace period telah dilanjutkan daripada enam (6) bulan kepada 12 bulan setelah tamat pinjaman. Selepas tempoh ini (bulan ke tiga belas) jadual bayaran balik akan dibina dan peminjam dikehendaki memulakan bayaran balik pinjaman.


Soalan 4 :
Siapakah yang layak mendapat perlanjutan grace period ini?

Jawapan :
Semua peminjam PTPTN yang patut bayar balik mulai 1 November 2017 (tamat pinjaman bermula April 2017) layak mendapat perlanjutan ini.


Soalan 5 :
Adakah peminjam perlu membuat permohonan bagi mendapatkan perlanjutan grace period ini?

Jawapan :
Tidak perlu. Perlanjutan diberikan secara automatik kepada semua yang layak.


Soalan 6 :
Bilakah peminjam yang mendapat perlanjutan grace period ini patut bayar balik?

Jawapan :
Peminjam patut bayar balik mulai bulan ke 13 selepas tamat pinjaman.


Soalan 7 :
Apakah kelebihan kepada peminjam sekiranya membuat bayaran balik dalam tempoh grace period?

Jawapan :
Peminjam yang membuat bayaran balik dalam tempoh grace period akan mendapat penjimatan kos upah. Ini kerana kos upah, ansuran bulanan dan tempoh bayaran balik akan dikira berdasarkan kepada baki pinjaman ketika jadual bayaran balik dibina.

Contoh pengiraan 1:

Tarikh Mula Pinjaman                         : 1 Mei 2015
Tarikh Tamat Pinjaman                       : 30 April 2017
Tempoh grace period (12 bulan)        : Mei 2017 hingga April 2018
Tarikh Patut Mula Bayar Balik             : 1 Mei 2018
(Jadual Bayaran Balik Bermula)

Keterangan Peminjam membuat bayaran balik dalam tempoh grace period Peminjam TIDAK membuat bayaran balik dalam tempoh grace period
Jumlah Pinjaman (RM) 15,000.00 15,000.00
Jumlah Bayaran Balik Sehingga 30 April 2018 2,000.00 -
Baki Pinjaman Pada 30 April 2018 13,000.00 15,000.00
Tempoh Bayar Balik (Bulan) 120.00 120.00
Ansuran Bulanan (RM) 119.17 137.50
umlah Kos Upah (RM) 1,3000.00 1,500.00

 

 

Contoh pengiraan 2:

Tarikh Mula Pinjaman                      :  1 Mei 2015
Tarikh Tamat Pinjaman                    :  30 April 2017
Tempoh grace period (12 bulan)     :  Mei 2017 hingga April 2018
Tarikh Patut Mula Bayar Balik          :  1 Mei 2018
(Jadual Bayaran Balik Bermula)

Keterangan Peminjam membuat bayaran balik dalam tempoh grace period Peminjam TIDAK membuat bayaran balik dalam tempoh grace period
Jumlah Pinjaman (RM) 15,000.00 15,000.00
Jumlah Bayaran Balik Sehingga 30 April 2018 5,000.00 -
Baki Pinjaman Pada 30 April 2018 10,000.00 15,000.00
Tempoh Bayar Balik (Bulan) 60.00 120.00
Ansuran Bulanan (RM) 175.00 137.50
Jumlah Kos Upah (RM) 500.00 1,500.00

 

Kemaskini : 31/10/2017