TEMUDUGA TERBUKA JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) STPM/DIPLOMA DI PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan PSH STPM/Diploma. Tarikh temuduga tersebut akan diadakan pada tarikh/hari, masa dan tempat seperti berikut :
| TARIKH/ HARI | WAKTU TEMUDUGA | TEMPAT TEMUDUGA |
| 28 Mei 2012 (Isnin) hingga 31 Mei 2012 (Khamis) | Sesi I Pagi : 9.00 pagi hingga 1.00 petang Sesi II Petang : 2.30 hingga 5.00 petang | Bilik Temuduga Tingkat 10, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Height, 50490 Kuala Lumpur |
Sila bawa bersama borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen sokongan pada hari temuduga. Calon juga diingatkan supaya datang lebih awal ke tempat temuduga. Syarat lantikan dan iklan kekosongan jawatan serta borang permohonan boleh diperolehi di capaian di bawah :
- Syarat lantikan jawatan PSH STPM/Diploma
- Sila klik di sini untuk memuat turun borang permohonan