Apa itu RSS?
RSS atau RDF Site Summary adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi W3Schools . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini. RSS juga dikenali sebagai "Suapan RSS", "Sindikasi" dsb. selepas ini dirujuk sebagai RSS.
Apa itu Rss Reader?
RssReader adalah satu program yang membolehkan anda menerima berita atau maklumat dari halaman web yang menyokong aplikasi RSS terus ke desktop anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RssReader, sila ke halaman ini http://www.rssreader.com.
RSS di portal PTPTN?
Dengan adanya kemudahan aplikasi RSS ini, diharapkan pihak pelajar terutama peminjam PTPTN dapat menerima maklumat daripada PTPTN dengan lebih pantas dan berkesan. Ini kerana, aplikasi ini akan menyalurkan setiap maklumat atau berita daripada portal PTPTN, terus ke desktop anda tanpa perlu melayari laman web terlebih dahulu. Selain itu, sistem ini juga akan mengeluarkan pop-up pemberitahuan untuk setiap maklumat terkini yang dipaparkan oleh pihak PTPTN.
- Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak
- Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak diinginkan (Spam)
- Anda dapat mengetahui Maklumat Terkini mengenai PTPTN lebih cepat dan berkesan.
- Berita atau Maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.
Langkah-langkah installasi RssReader -
Langkah 1:
- Muat turun install Microsoft.NET framework (Apa itu Microsoft.NET framework?) terlebih dahulu jika anda tidak menggunakan Windows 2003 atau versi Windows XP yang terkini.
- Cara yang paling mudah adalah dengan Windows update atau lawati Microsoft How to Get the .NET Framework 1.1 .
Langkah 2:
- Muat turun RssReader 1.0.88.0 seperti berikut:
- rssreader.zip atau rssreader.exe
Langkah 3:
- Install RssReader.
- Jika anda muat turun versi .zip unzip fail tersebut terlebih dahulu dan run setup.exe .
- Terus run jika anda muat turun versi .exe .
Langkah 4:
- Klik di logo RSS seperti ini
atau pautan RSS di dalam portal ini.
- Letakkan mouse cursor di atas salah satu imej tersebut kemudian klik kanan, dan pilih "Copy Shortcut".
Run RssReader dan pergi ke "add (+)" seterusnya klik kanan dan "paste" url dan tekan OK.
Untuk maklumat selanjutnya, sila layari http://www.rssreader.com.
(juga dikenali sebagai "Suapan RSS", "Sindikasi" dsb. Selepas ini dirujuk sebagai RSS)