|
Kaedah permohonan pembiayaan pendidikan adalah seperti berikut :
- Pemohon hendaklah memohon pembiayaan PTPTN secara online melalui Laman Web Pembiayaan Pinjaman online di alamat http://epinjaman.ptptn.gov.my. Akan tetapi, pemohon hanya boleh memohon mengikut tarikh buka dan tutup IPT masing masing.
- Bagi tujuan melengkapkan permohonan pembiayaan PTPTN secara online, pemohon terlebih dahulu perlu mempunyai nombor akaun individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing (sila rujuk di sini). Namun, terdapat beberapa IPT yang memberi kemudahan pra-pembukaan akaun bank untuk pemohon.
- Bagi pelajar Sarjana/PhD (Sepenuh Masa) yang telah diluluskan pembiayaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (Bajet Mini) dari Kementerian Pengajian Tinggi, pelajar hendaklah memilih kursus pengajian yang bermula dengan Bajet Mini di Butiran Nama Program/Kursus.
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN di Laman Web Pembiayaan Pinjaman online di http://epinjaman.ptptn.gov.my atau melayari laman Web PTPTN bermula hari ke - 6 (hari bekerja) selepas tarikh tutup proses permohonan online yang ditetapkan oleh PTPTN
- Pemohon yang berjaya ditawarkan pembiayaan PTPTN perlu melayari Laman Web Pembiayaan Pinjaman online di alamat http://epinjaman.ptptn.gov.my. dan mencetak dokumen yang disenaraikan.
- Untuk cetakan, pastikan komputer anda mempunyai program ‘Adobe Acrobat Reader’. Jika tidak, muat turun program tersebut daripada laman web http://www.adobe.com/products/acrobat/ dan klik pada ikon ‘Get ADOBE READER’. Simpan dan ‘Install’ di komputer anda.
- Dokumen-dokumen yang tersenarai dibawah hendaklah dicetak dengan menggunakan kertas berwarna putih yang bersaiz A4 (80 gsm) dengan menggunakan satu muka kertas untuk setiap satu (cetakan tidak dilakukan pada muka depan dan belakang di helaian yang sama). Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam.]
- 1 set (cetakan komputer) dan 1 set salinan (fotostat) Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan (beserta Akuan Penerimaan, Surat Kebenaran 1, 2, 3, dan 4) dan seterusnya menandatangani dokumen berkenaan**;
- 1 set (cetakan komputer) dan 1 set salinan (fotostat) dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan dan seterusnya menandatangani dokumen berkenaan**;
- 1 set (cetakan komputer) dan 1 set salinan (fotostat) Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan dan seterusnya ditandatangan ringkas oleh Pelajar dan Penjamin di setiap muka surat pada ruangan yang disediakan di bahagian bawah dokumen berkenaan**;
- 1 set (cetakan komputer) dan 1 set salinan (fotostat) Jaminan (berserta Surat Kebenaran Penjamin 1 & 2 dan Akaun Penjamin ) dan seterusnya menandatangani dokumen berkenaan**;
- 2 keping setem hasil yang bernilai RM10.00 setiap satu**. Bagi setiap Perjanjian Pembiayaan Pendidikan yang telah disempurnakan, hendaklah dilekatkan setem berharga RM10.00 di sudut kanan atas pada muka depan setiap set dokumen perjanjian. ( RUJUK LAMPIRAN A PADA DOKUMEN PERJANJIAN PEMBIAYAAN )
Nota** Setiap satu set adalah untuk Pemohon dan PTPTN. Namun, sekiranya pihak Penjamin memerlukan 1 set, Penjamin harus mengemukakan surat rasmi dan dihantar ke alamat seperti dibawah :-
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL Lot G2, Tingkat Bawah Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur. U/P: Unit Perjanjian
Setiap dokumen tawaran di atas mestilah dilampirkan bersama SATU SALINAN dokumen sokongan yang telah DISAHKAN seperti berikut:
Bagi pelajar yang mengemukakan permohonan pada semester 2 dan ke atas, tambahan dokumen sokongan berikut diperlukan: - Surat Pengesahan masih belajar dari IPT; dan
- Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya.
(Setiap dokumen sokongan hendaklah difotostat dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan disahkan pegawai yang layak. Maklumat mengenai pegawai yang layak mengesahkan dokumen boleh didapati daripada laman web PTPTN.)
Sila klik pada pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat, buku panduan pengguna serta soalan-soalan lazim tentang Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online.
FAQ BERKENAAN PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN SECARA ONLINE BUKU PANDUAN PENGGUNA APLIKASI PERMOHONAN ONLINE Untuk makluman pautan di atas adalah dalam format Adobe Acrobat (*.pdf).
Cetak halaman ini
|