Soalan 1:
Bagaimanakah caranya membayar balik pembiayaan pendidikan menerusi potongan gaji? 

Jawapan :

Sila berikan maklumat kepada Pejabat PTPTN Negeri melalui aduan dalam talian (http://icare.ptptn.gov.my)/surat rasmi/muat turun Borang Potongan Gaji daripada Portal Rasmi PTPTN atau berhubung terus dengan Pegawai Bertanggungjawab. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

i. Maklumat peribadi (Nama, no. kad pengenalan, alamat terkini).
ii. Maklumat majikan (Nama syarikat, alamat dan no. telefon majikan).

Nota : Penerima biaya akan menerima salinan arahan potongan gaji daripada LHDNM kepada majikan. Pembayaran balik menerusi arahan potongan gaji akan mengambil masa 1 hingga 3 bulan sebelum dapat dilaksanakan oleh LHDNM. Sementara itu, penerima biaya boleh membuat bayaran sendiri menggunakan kaedah bayaran balik yang lain untuk mengelakkan tunggakan ansuran.


 

Soalan 2

Saya telah bekerja dan ingin memulakan pembayaran balik pembiayaan pendidikan melalui potongan gaji. Bagaimanakah caranya? 

Jawapan :

Sila berikan maklumat kepada Pejabat PTPTN Negeri melalui aduan dalam talian (http://icare.ptptn.gov.my)/surat rasmi/muat turun Borang Potongan Gaji daripada Portal Rasmi PTPTN atau berhubung terus dengan Pegawai Bertanggungjawab. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

i. Maklumat peribadi (Nama, no. kad pengenalan, alamat terkini).
ii. Maklumat majikan (Nama syarikat, alamat dan no. telefon majikan).

Nota : Penerima biaya akan menerima salinan arahan potongan gaji daripada LHDNM kepada majikan. Pembayaran balik menerusi arahan potongan gaji akan mengambil masa 1 hingga 3 bulan sebelum dapat dilaksanakan oleh LHDNM. Sementara itu, penerima biaya boleh membuat bayaran sendiri menggunakan kaedah bayaran balik yang lain untuk mengelakkan tunggakan ansuran. 


 

Soalan 3:

Saya telah pun membuat bayaran balik secara potongan gaji melalui LHDNM. Walau bagaimanapun saya tidak mengisi Borang Potongan Gaji semasa menerima tawaran "Ujrah". Apakah yang akan berlaku kepada potongan gaji saya?

 

Jawapan :
Potongan gaji sedia ada akan diteruskan. 


 

Soalan 4:

Saya mengisi Borang Potongan Gaji tetapi amaun ansuran semasa berbeza dengan tawaran "Ujrah". Apakah yang akan berlaku kepada amaun ansuran semasa saya? 

Jawapan :

PTPTN akan membuat pindaan amaun potongan gaji dengan pihak LHDNM. Maklumat berkenaan pindaan tersebut akan dikemukakan kepada majikan dan salinan kepada penerima biaya.


 

Soalan 5:

Mengapakah pembayaran/potongan gaji melalui LHDNM lewat dikemaskini di penyata penerima biaya PTPTN?

Jawapan :
Rekod pembayaran di PTPTN dikemaskini mengikut tarikh wang tersebut diremitkan oleh LHDNM ke PTPTN. LHDNM akan remit wang ke PTPTN sekali setiap bulan iaitu pada pertengahan bulan. Oleh itu, pembayaran yang dibuat pada bulan semasa hanya akan dikemaskini pada pertengahan bulan berikutnya.


 

Soalan 6:

Mengapa rekod potongan gaji saya tidak sama dengan penyata PTPTN? 

Jawapan :

Rekod potongan gaji dikemaskini berasaskan maklumat daripada LHDNM. Sekiranya terdapat perbezaan, penerima biaya dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat potongan yang telah dibuat oleh majikan dan mengemukakan kepada PTPTN untuk semakan lanjut dengan LHDNM.


 

Soalan 7: 
Saya lewat mendapat pekerjaan serta mempunyai ansuran tertunggak dan ingin memulakan potongan gaji. Bolehkah potongan gaji saya melebihi ansuran bulanan yang ditetapkan?

Jawapan : 
Boleh. Penerima biaya boleh membuat potongan gaji melebihi ansuran yang ditetapkan dengan mengemukakan surat makluman jumlah ansuran yang dikehendaki kepada PTPTN. Ansuran tertunggak tidak boleh ditangguhkan dan perlu dibayar sendiri kerana potongan gaji adalah untuk ansuran semasa sahaja. 


 

Soalan 8: 
Saya telah dikenakan saman dan senarai hitam, bolehkah bayaran balik melalui potongan gaji dibuat?

Jawapan :
Boleh. Penerima biaya dikehendaki menghubungi Bahagian Perundangan dan Pendakwaan atau Pejabat PTPTN Negeri bagi pelaksanaan potongan gaji dilakukan.


 

Soalan 9: 
Saya telah membuat bayaran balik melalui potongan gaji, bolehkah saya membatalkan potongan gaji sekiranya saya ingin membuat pembayaran sendiri?

Jawapan :
Tidak boleh. PTPTN telah menetapkan pembatalan hanya boleh dibuat sekiranya penerima biaya telah melangsaikan keseluruhan hutang pembiayaan atau telah berhenti kerja.