Pembukaan akaun SSPN-i boleh dibuat di kaunter perkhidmatan PTPTN di One Stop Center, KL Sentral dan semua cawangan ejen PTPTN di seluruh negara. Dokumen yang perlu disertakan semasa membuka akaun ialah:
  1. Salinan MyKad/Kad Tentera/Kad Polis Pemohon;
  2. Salinan Sijil Kelahiran/MyKid/MyKad Anak; dan
  3. Surat Perakuan/Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat dibawah jagaan sah mereka) 

Jumlah simpanan minimum bagi tujuan pembukaan akaun dan penambahan simpanan ialah sebanyak RM20.00 bagi setiap akaun penerima manfaat yang dinamakan. Bagi pembukaan akaun selain di Maybank dan Bank Islam, penambahan simpanan hanya boleh dibuat sebaik sahaja menerima Kad SSPN-i atau apa-apa bentuk penentusahan keahlian Skim Simpanan Pendidikan Nasional .