Soalan 1:
Sekiranya keseluruhan pinjaman/ pembayaran balik pembiayaan pendidikan dibuat dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian, adakah kos upah dikenakan?


Jawapan :  

Penyelesaian penuh pembiayaan pendidikan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat  pengajian tidak akan dikenakan kos upah.


 

Soalan 2: 
Bolehkah saya membuat bayaran balik ansuran bulanan lebih awal iaitu sebelum 6 bulan dari tarikh mula bayar?

Jawapan : 
Boleh. Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan. Bayaran balik yang dibuat sebelum dari tarikh mula bayar tidak akan dikenakan kos upah. Manakala bayaran ansuran yang dibuat mengikut jadual bayaran balik adalah tertakluk kepada kos upah yang telah dibina.


 

Soalan 3: 
Perlukah saya menunggu surat arahan balik daripada PTPTN sebelum memulakan bayaran balik?

Jawapan : 
Penerima biaya tidak perlu menunggu surat arahan bayaran balik daripada PTPTN. Bayaran yang dibuat dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian atau tamat pembiayaan pendidikan tidak akan dikenakan kos upah.