Soalan 1:
Bolehkah saya membayar balik lebih daripada jumlah ansuran asal?

Jawapan :

Boleh. Penerima biaya dibenarkan membuat bayaran melebihi ansuran yang ditetapkan Sekiranya penerima biaya menyelesaikan kesemua bayaran balik dengan lebih awal, jumlah penyelesaian adalah berdasarkan jumlah pembiayaan pendidikan yang diterima termasuk kos upah dikenakan sehingga tarikh penyelesaian penuh dibuat..


 

Soalan 2: 
Bolehkah saya membayar balik kurang daripada jumlah ansuran asal?

Jawapan :
Bayaran balik kurang daripada jumlah ansuran adalah tidak digalakkan kerana ia meningkatkan kos upah yang dikenakan menjadikan jumlah pembiayaan pendidikan meningkat.