Soalan 1:
Bilakah akaun pembiayaan pendidikan penerima dikemaskini?
Jawapan :
Akaun penerima biaya akan dikemaskini selepas dokumen tawaran diterima dan diproses serta disahkan oleh PTPTN. Proses pengemaskinian dibuat secara mingguan. Paparan di penyata kira-kira penerima biaya dapat dilihat selepas proses pengemaskinian dilakukan.
Soalan 2:
Apa yang berlaku apabila pengemaskinian dibuat?
Jawapan :
Akaun penerima biaya yang lama akan dikosongkan dan dipindahkan/diselaraskan ke akaun pembiayaan "Ujrah".
Soalan 3:
Apa yang berlaku kepada bayaran balik yang dibuat selepas tarikh kuatkuasa?
Jawapan :
Bayaran balik yang diterima selepas tarikh kuatkuasa akan dipindahkan ke akaun pembiayaan "Ujrah" dan diselaraskan dengan jadual bayaran balik pembiayaan yang baru. Kos upah yang dikenakan selepas tarikh kuatkuasa "Ujrah" akan dikecualikan sehingga tarikh semasa. Sebarang lebihan bayaran balik akan menyelesaikan ansuran bulanan ke hadapan.
Soalan 4:
Bolehkah saya menyemak penyata akaun pembiayaan "Ujrah" saya melalui Porta Rasmi PTPTN?
Jawapan :
Boleh. Penerima biaya boleh membuat semakan penyata akaun pembiayaan "Ujrah" di Portal Rasmi PTPTN melalui petak Laman PTPTN Online.
Soalan 5:
Adakah pihak PTPTN akan mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran balik pembiayaan pendidikan?
Jawapan :
Pihak PTPTN hanya akan mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran balik yang dibuat di kaunter Ibu Pejabat PTPTN dan Pejabat PTPTN Negeri atau melalui pos (cek, bank deraf, kiriman wang dan wang pos) yang dibuat atas nama PTPTN. Manakala bayaran menerusi Agensi Pemungut Hutang PTPTN seperti LHDNM, Maybank (secara dalam talian (online)), CIMB Bank Berhad (secara dalam talian (online) dan kaunter), Bank Islam Malaysia Berhad (secara dalam talian (online) dan kaunter) dan RHB Bank (secara dalam talian (online)) tidak akan dikeluarkan resit. Bayaran terus kepada LHDNM (selain potongan gaji) akan dikeluarkan resit oleh pihak LHDNM.
Soalan 6:
Bolehkah saya membuat bayaran balik secara sekaligus "full settlement" pembiayaan pendidikan?
Jawapan :
Boleh. Penerima biaya perlu mengisi Borang Pengesahan Baki Pembiayaan yang boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi PTPTN/kaunter PTPTN sebelum penyelesaian penuh dibuat.
Soalan 7:
Bilakah tarikh akhir bayaran balik sepatutnya dibayar setiap bulan?
Jawapan :
Bayaran balik hendaklah dibayar sebelum hari terakhir dalam setiap bulan.
Soalan 8:
Bolehkah bayaran balik dibuat mengikut tempoh tertentu contohnya 6 bulan sekali?
Jawapan :
Bayaran balik boleh dibuat mengikut tempoh tertentu dengan jumlah yang sepatutnya dibuat pada bulan pertama tempoh tersebut dan tiada tunggakan ansuran.