Soalan 1:
Apakah prosedur untuk membatalkan pembiayaan pendidikan saya?

Jawapan:
Penerima biaya perlu mengisi Borang Pembatalan Pembiayaan yang boleh diperolehi menerusi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)/ kaunter PTPTN/ Portal Rasmi PTPTN dan hantarkan surat permohonan rasmi pembatalan pembiayaan pendidikan. Bagi yang menerima penaja lain sila sertakan bersama salinan surat tawaran daripada penaja lain.



Soalan 2:
Sekiranya penerima biaya gagal dalam tempoh pengajian, apakan tindakan yang perlu diambil oleh penerima biaya tersebut?

Jawapan:
Sekiranya penerima biaya gagal dalam pelajaran dan tidak sempat menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan, penerima biaya tersebut dikehendaki membayar keseluruhan jumlah pembiayaan pendidikan yang telah dikeluarkan oleh PTPTN kepadanya termasuk kos upah.

 

Soalan 3:
Saya telah menerima notis tuntutan keseluruhan pembiayaan pendidikan, bolehkah saya membayar secara ansuran?

Jawapan:

Penerima biaya yang berstatus gagal/berhenti/tukar pengajian/membatalkan pembiayaan pendidikan dikehendaki untuk membuat bayaran balik pembiayaan pendidikan berdasarkan jadual bayaran balik.




Soalan 4:
Saya telah membatalkan pembiayaan pendidikan saya dengan PTPTN dan ingin memohon untuk mendapatkan pinjaman pendidikan dari penaja lain tetapi penaja tersebut memerlukan surat pelepasan bersyarat daripada PTPTN. Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Jawapan:
Penerima biaya perlu mengemukakan surat permohonan rasmi untuk mendapatkan surat pelepasan bersyarat kerana menerima tajaan lain. Surat permohonan tersebut boleh dihantar samada secara pos, faks atau serahan di kaunter PTPTN .



Soalan 5:
Saya telah membatalkan pembiayaan pendidikan saya dengan PTPTN, bolehkah saya membuat permohonan pembiayaan kali kedua untuk meneruskan pengajian saya?

Jawapan:
Boleh. Sekiranya penerima biaya tidak mempunyai sebarang hutang dengan PTPTN. 
Walau bagaimanapun, penerima biaya yang masih berhutang, pertimbangan akan diberikan apabila hutang terdahulu diselesaikan kecuali melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.


Soalan 6:
Sekiranya saya telah melangsaikan kesemua hutang saya, adakah saya diberi sebarang surat pelepasan hutang yang menyatakan saya telah pun melangsaikan hutang saya?

Jawapan:
Ya. Sekiranya penerima biaya telah melangsaikan kesemua hutang, PTPTN akan mengeluarkan surat pelepasan hutang yang memaklumkan bahawa penerima biaya telah pun melangsaikan hutang dan tidak lagi terikat dengan PTPTN.



Soalan 7:
Adakah kos upah dikenakan bagi penerima biaya yang membatalkan pinjaman pendidikan?

Jawapan:
Ya. Kos upah akan dikenakan 6 bulan selepas tamat pembiayaan/penajaan.