Soalan 1:
Siapakah yang layak untuk memohon penangguhan bagi bayaran balik pembiayaan pendidikan PTPTN?

Jawapan :
Bagi penerima biaya yang telah menamatkan pengajian, permohonan penangguhan adalah layak bagi mereka yang masih belum bekerja (tiada pendapatan) atau yang menyambung semula pengajian secara sepenuh masa sahaja. 



Soalan 2:
Bagaimanakah cara untuk membuat penangguhan bayaran balik memandangkan saya belum bekerja dan tidak mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi?

Jawapan :
Penerima biaya perlu mengemukakan surat pemohonan rasmi penangguhan kepada PTPTN beserta pengesahan daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang menyatakan penerima biaya masih tidak bekerja atau pengesahan caruman/ penyata daripada KWSP.

Nota:



Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

  • Kos upah tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.

 

Soalan 3: 

Saya telah diluluskan penangguhan bayaran balik, adakah saya layak menerima tawaran pertukaran"Ujrah"?

Jawapan : 
Boleh. Penerima biaya yang telah diluluskan penangguhan bayaran balik layak menerima tawaran pertukaran "Ujrah". 


 

Soalan 4:
Saya ingin menangguhkan pembayaran balik pembiayaan pendidikan kerana sedang menyambung pengajian. Bagaimanakah caranya?

Jawapan :

Penerima biaya perlu mengemukakan surat permohonan rasmi penangguhan atau mengisi Borang Penangguhan Bayaran Balik yang boleh diperolehi di Portal Rasmi PTPTN bersama dokumen sokongan berikut dan hantarkan kepada PTPTN untuk pertimbangan:
  1. Salinan surat tawaran pengajian.
  2. Salinan surat tawaran penaja baru (jika mendapat tajaan dari penaja lain selain PTPTN/jika melanjutkan pengajian ke Luar Negara).
  3. Surat pengesahan tarikh tamat pengajian dari IPT (jika tiada dalam surat tawaran).
  4. Sesalinan transkrip dan sijil bagi peringkat pengajian yang telah tamat (jika berkaitan).
Nota:


Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

  • Kos upah tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.

 

Soalan 5: 
Setelah "Ujrah" ditawarkan, saya masih tidak mampu membuat pembayaran balik. Adakah saya boleh membuat penangguhan sekali lagi?

Jawapan :
Penerima biaya boleh mengemukakan permohonan penangguhan. Walau bagaimanapun, keputusan permohonan penangguhan tertakluk kepada peraturan semasa PTPTN. 


 

Soalan 6:
Apakah kesan kepada tempoh bayaran balik dan jumlah ansuran bulanan setelah diluluskan penangguhan bayaran balik?


Jawapan :
Penangguhan Konversional

Penangguhan bayaran balik akan mengakibatkan tempoh bayaran balik akan dianjakkan dan jumlah ansuran pada masa akan datang menjadi lebih tinggi. Oleh itu, ia akan menambahkan lagi beban kewangan pada masa akan datang.

Penangguhan Ujrah

Tempoh bayaran balik tidak dianjakkan dan jumlah ansuran pada masa akan datang menjadi lebih tinggi. Oleh itu, ia akan menambahkan lagi beban kewangan pada masa akan datang




Soalan 7:
Bolehkah saya memohon penangguhan kerana saya hanya bekerja sementara/ kontrak?

Jawapan :
Tidak boleh. Walau bagaimanapun penerima biaya boleh memohon untuk dipertimbangkan pengurangan amaun ansuran bayaran balik bagi satu jangkamasa tertentu.



Soalan 8:
Berapa lamakah tempoh penangguhan yang dibenarkan oleh PTPTN bagi bayaran balik pembiayaan pendidikan?

Jawapan : 
Penangguhan bayaran balik pembiayaan pendidikan kerana belum bekerja boleh dipertimbangkan selama 2 tahun sahaja. Tempoh penangguhan yang diluluskan boleh ditamatkan sekiranya pekerjaan telah diperolehi. Bagi penerima biaya yang memohon penangguhan kerana menyambung semula pengajian secara sepenuh masa, tempoh penangguhan yang dipertimbangkan adalah sepanjang tempoh pengajian baru.

Walau bagaimanapun dalam tempoh penangguhan kos upah tetap dikenakan. Oleh yang demikian, penangguhan bayaran adalah tidak digalakkan.


Soalan 9:
Saya telah diluluskan penangguhan dan sekarang telah mendapat pekerjaan. Adakah saya boleh memulakan bayaran balik lebih awal daripada tempoh penangguhan yang telah diluluskan? 
 
Jawapan :
Boleh. Bagi penerima biaya yang telah diluluskan penangguhan tetapi berhasrat untuk memulakan bayaran balik lebih awal, peminjam boleh terus memulakan bayaran balik dan memaklumkan kepada PTPTN melalui surat rasmi



Soalan 10:
Saya telah diluluskan penangguhan, bagaimanakah pengiraan kos upah yang dikenakan?

Jawapan :

Dalam tempoh penangguhan, kos upah tetap dikira berdasarkan baki pembiayaan pendidikan bulanan. Jumlah pembiayaan akan meningkat sekiranya tiada bayaran dibuat. Ini bermakna kos upah tetap dikenakan selagi ada baki pembiayaan pendidikan.