Soalan 1:
Perlukah saya menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN sebelum memulakan bayaran balik?

Jawapan:
Tidak. Peminjam bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa perlu menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN. Tiada suatu peruntukan di dalam perjanjian yang menyebut bahawa penerima biaya hanya perlu membuat bayaran selepas mendapat notis daripada PTPTN.

Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan kerana bayaran balik yang dibuat sebelum tarikh mula bayar tidak dikenakan kos upah.



Soalan 2:
Bilakah tarikh bayaran balik sepatutnya dibayar setiap bulan?

Jawapan:
Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.



Soalan 3:
Bolehkah saya membayar balik kurang daripada jumlah ansuran asal?

Jawapan:
Tidak boleh. Bayaran balik kurang daripada jumlah ansuran bulanan akan menyebabkan berlakunya tunggakan dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan. Peminjam disarankan hadir berunding untuk mengurangkan ansuran bulanan dengan membuat penstrukturan semula pinjaman.



Soalan 4:
Bolehkah saya membayar balik lebih daripada jumlah ansuran asal?

Jawapan:
Boleh. Pembayaran melebihi jumlah ansuran membolehkan peminjam menyelesaikan pinjaman lebih awal dan dapat menikmati penjimatan kos upah kerana kos upah dikenakan sehingga tarikh penyelesaian penuh dibuat.



Soalan 5:
Bagaimanakah caranya untuk membayar balik pinjaman pendidikan PTPTN?

Jawapan:
Kaedah-kaedah bayaran balik pembiayaan pendidikan seperti di Jadual 1:

Jadual 10: Kaedah Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN

 


SALURAN


AGENSI/ EJEN

  Kaunter

  • Cawangan PTPTN di seluruh negara

  • Bank Islam

  • CIMB Bank

  • Bank Simpanan Nasional

  • Bank Rakyat

  • Pos Malaysia

  Potongan Gaji

  • Potongan gaji hendaklah melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) atau majikan.

  • Bayaran balik melalui kaedah ini perlu dirujuk kepada PTPTN terlebih dahulu.

  • Borang Kebenaran Potongan Gaji Bayaran Balik boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN.

  • Peminjam perlu menghantar borang permohonan beserta nama dan alamat majikan kepada PTPTN.

  Perbankan Internet

Portal Rasmi PTPTN (Electronic Financial Solution (e-FES))

  • Bank Islam

  • CIMB Bank

  • Public Bank

  • Maybank

  • Hong Leong Bank

  • RHB Bank

Akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

  • Terdapat dua (2) kaedah pengeluaran iaitu:
  1. Melalui Borang Permohonan Pengeluaran Pinjaman Pendidikan di Pejabat KWSP
     
  2. Melalui online (e-Pengeluaran)
 Electronic Data Capture      (EDC) Terminal
  • Pembayaran menggunakan kad kredit (Visa dan Mastercard sahaja), kad debit atau kad ATM bank-bank tempatan yang mempunyai logo MEPS di semua kaunter PTPTN di seluruh negara.

MyPay PTPTN

  • Pembayaran secara online melalui Portal Rasmi Perkhidmatan Mudah Alih Kerajaan Malaysia (www.mygovmobile.malaysia.gov.my).


Makluman:
Bagi Pembayaran di Kaunter Bank & Pejabat Pos:
i) Akaun Peminjam : No. MyKad peminjam.
ii) Nama Peminjam : PTPTN-PINJAMAN (No. akaun PTPTN tidak diperlukan).
iii) No. Bil/ Kontrak/ Rujukan : No. rujukan surat tawaran/ no. telefon peminjam.

Semakan Penyata Pinjaman (e-FES)
i) Kata Laluan : No. MyKad peminjam
ii) No. Pin/ Kata Laluan : Nombor pinjaman peminjam (Sila hubungi PTPTN untuk mendapatkan nombor pinjaman)
iii) Setiap pembayaran yang dilakukan di kaunter bank atau secara dalam talian (online) akan dikenakan caj perkhidmatan oleh pihak bank (kadar termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)).
iv) Sila simpan slip pembayaran atau cetak resit bayaran untuk rujukan.
v) Resit rasmi PTPTN hanya akan dikeluarkan sekiranya pembayaran dibuat di kaunter PTPTN.



Soalan 6 :
Bagaimanakah cara bayaran balik secara dalam talian (online) boleh dilakukan?

Jawapan :
Terdapat tiga (3) bayaran balik secara online iaitu:
a) Melalui Portal Rasmi PTPTN (Electronic Financial Solution (e – FES))
b) Melalui portal rasmi bank ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN.
c) Melalui MypayPTPTN (www.mygovmobile.malaysia.gov.my).



Soalan 7 :
Bagaimana caranya untuk menyemak baki pinjaman pendidikan??

Jawapan :
Baki pinjaman pendidikan boleh disemak melalui ruangan Penyata Pinjaman (e-FES) di Portal Rasmi PTPTN.



Soalan 8 :
Adakah PTPTN akan mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran balik pinjaman pendidikan?

Jawapan :
Ya. PTPTN hanya akan mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran balik yang dibuat di kaunter PTPTN. Resit rasmi tidak akan dikeluarkan untuk transaksi melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN. Bukti bayaran melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen pungutan perlu dicetak dan disimpan untuk rujukan.



Soalan 9 :
Berapakah tempoh yang diambil untuk mengemas kini penyata pinjaman peminjam dan berapakah caj yang dikenakan untuk setiap transaksi?

Jawapan :
Kaedah bayaran balik pinjaman pendidikan beserta dengan caj bank dan tempoh kemas kini maklumat pinjaman pendidikan adalah seperti jadual di bawah:

i). Kaunter PTPTN dan Ejen-Ejen Pungutan:

 

Bil

Kaunter Bayaran

Caj Bank (RM)

Tempoh Kemas Kini (Hari Bekerja)

1.

Kaunter PTPTN (Tunai)

Tiada

Serta-merta

2.

Electronic Data Capture (EDC) Terminal.

0.53

3 hari

3.

Bank Simpanan Nasional (BSN)

0.53

3 hari

4.

Bank Rakyat

0.53

3 hari

5.

Bank Islam

1.06

3 hari

6.

CIMB Bank

2.12

3 hari

7.

Kaunter Pos Malaysia Berhad

2.12

7 hari


ii). Perbankan Internet:

 

Bil

Saluran Bayaran

Caj Bank (RM)

Tempoh Kemas Kini (Hari Bekerja)

1.

Electronic Financial Solution (e-FES) di Portal Rasmi PTPTN

0.53

3 hari

2.

MypayPTPTN melalui www.mygovmobile.malaysia.my

0.53

3 hari

3.

CIMB Bank (www.cimbclicks.com.my)

0.53

3 hari

4.

Bank Rakyat (www.irakyat.com.my)

0.53

3 hari

5.

Agrobank (www.agronet.com.my)

0.53

3 hari

6.

Bank Simpanan Nasional (www.mybsn.com.my)

0.53

3 hari

7.

Bank Islam (www.bankislam.biz)

1.06

3 hari

8.

Public Bank (www.pbebank.com.my)

1.06

3 hari

9.

Ambank (www.ambankgroup.com.my)

0.53

3 hari

10.

Maybank (www.maybank2u.com.my)

1.06

3 hari

11.

Affin Bank (www.affinonline.com)

1.06

3 hari

12.

RHB Bank (www.rhb.com.my)

1.06

3 hari


Nota:
  • Caj adalah termasuk GST 6%.
  • Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.


Soalan 10 :
Bagaimanakah caranya untuk saya membuat penyelesaian sekaligus (full settlement) pinjaman pendidikan?

Jawapan :
Peminjam perlu mengisi Borang Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman yang boleh dimuat turun di Portal Rasmi PTPTN/ kaunter PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN. Bayaran balik selain di kaunter PTPTN hendaklah dimaklumkan kepada PTPTN untuk pengeluaran Surat Pelepasan Hutang (SPH).



Soalan 11:
Sekiranya peminjam meninggal dunia dan mempunyai lebihan bayaran balik. Bagaimanakah tuntutan lebihan bayaran balik pinjaman boleh dibuat?

Jawapan :
Bagi kes kematian peminjam, kaedah pemulangan lebihan bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:
a) Bagi jumlah lebihan bayaran balik yang kurang daripada RM3,000 - Waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi Lebihan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; dan
b) Bagi lebihan bayaran balik berjumlah RM3,000 dan ke atas - Waris hendaklah mengemukakan dokumen asal atau salinan dokumen berikut:

  • Geran Surat Kuasa Mentadbir/Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
  • Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau
  • Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).


Kemaskini: 08/03/2016