Soalan 1:
Bagaimanakah caranya untuk membayar balik pembiayaan pendidikan PTPTN?
Jawapan:
Kaedah-kaedah bayaran balik pembiayaan adalah seperti berikut:
|
SALURAN |
AGENSI/EJEN |
| Kaunter |
|
| Potongan Gaji |
|
| Perbankan Internet |
|
| Portal Rasmi PTPTN (e-FES) Melalui Financial Processing Exchange (FPX) |
|
| Pengeluaran Wang Melalui Akaun II (KWSP) |
|
* Syarat-syarat pengeluaran wang melalui Akaun II (KWSP) adalah seperti berikut:
Permohonan pengeluaran oleh Ahli sendiri:
- Bagi peringkat pengajian Ijazah dan Diploma : perjanjian pembiayaan pendidikan adalah bagi 2 Januari 2001 dan ke atas.
Permohonan pengeluaran oleh ibu/ bapa penerima biaya:
- Bagi peringkat pengajian Ijazah : perjanjian pembiayaan pendidikan adalah bagi April 2000 dan ke atas.
- Bagi peringkat pengajian Diploma : perjanjian pembiayaan pendidikan adalah bagi 17 Januari 2006 dan ke atas.
MAKLUMAN (Bagi Pembayaran di Kaunter Bank & Pejabat Pos)
- No. Akaun Penerima : No. Kad Pengenalan Penerima biaya
- Nama Penerima : PTPTN-PEMBIAYAAN (No. Akaun PTPTN tidak diperlukan)
- No. Bil/Kontrak/Rujukan : No. Rujukan Surat Tawaran/ No Telefon Penerima biaya
SEMAKAN PENYATA KIRA-KIRA (e-FES)
- Kata Laluan : No. Kad Pengenalan Penerima biaya
- No. Pin/Password : No. Pembiayaan Penerima biaya (Sila rujuk no. pembiayaan pada Penyata Kira-Kira)
- Setiap pembayaran yang dilakukan melalui kaunter bank atau secara dalam talian (online) akan dikenakan caj perkhidmatan oleh pihak bank.
- Sila simpan slip pembayaran atau cetak resit bayaran untuk simpanan anda.
- Resit rasmi PTPTN hanya akan dikeluarkan sekiranya pembayaran dibuat terus kepada PTPTN.
- Pembayaran melalui cek peribadi adalah dibenarkan.
Nota:
* Bayaran melalui bank deraf/ kiriman wang hendaklah berpalang dan dibayar atas nama 'PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL'. Sila poskan ke alamat berikut:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
(u.p: Unit Terimaan)
Soalan 2:
Perlukah saya meneruskan bayaran balik sepanjang tempoh proses penawaran pertukaran "Ujrah" ini?
Penerima biaya adalah dikehendaki untuk terus membuat bayaran balik. Sebarang bayaran balik akan diselarasakan ke akaun pembiayaan "Ujrah".
Soalan 3:
Apakah kos upah?
Jawapan:
Kos upah adalah kos yang dikenakan ke atas pembiayaan pendidikan seperti dinyatakan di dalam perjanjian yang ditandatangani. Kos upah akan dikira selepas 6 bulan tamat pengajian atau tamat pembiayaan pendidikan atau yang mana lebih awal. Kadar kos upah 14% setahun, kadar rata (flat rate) dikenakan bagi tempoh bayaran balik mulai 1 Jun 2008 dan dikira atas baki pembiayaan pendidikan.
Soalan 4:
Bagaimanakah caranya untuk menyemak baki pembiayaan pendidikan?
Jawapan:
Baki pembiayaan pendidikan boleh disemak melalui e-FES di Portal Rasmi PTPTN..
Soalan 5:
Bagaimanakah cara bayaran menerusi dalam talian (online) boleh dilakukan?
Jawapan:
Sila rujuk Portal Rasmi bank-bank berkenaan dan sebarang pertanyaan sila rujuk kepada Bahagian Perkhidmatan Pelanggan bank berkenaan.
Soalan 6:
Bagaimanakah caranya membayar balik pembiayaan pendidikan menerusi potongan gaji?
Jawapan:
Sila berikan maklumat kepada Pegawai Bertanggungjawab (klik disini) serta muat turun Borang Potongan Gaji daripada Portal Rasmi PTPTN. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Nama, No. Kad Pengenalan dan alamat lengkap penerima biaya.
- Nama, alamat dan no. telefon majikan.
Nota:
Penerima biaya akan menerima sesalinan arahan potongan gaji daripada LHDNM kepada majikan. Pembayaran balik menerusi arahan potongan gaji akan mengambil masa 1 hingga 3 bulan sebelum dapat dilaksanakan oleh LHDNM. Sementara itu, penerima biaya boleh membuat bayaran sendiri menggunakan kaedah bayaran balik yang lain untuk mengelakkan tunggakan ansuran.
Soalan 7:
Bolehkah saya membayar balik lebih daripada jumlah ansuran asal?
Jawapan:
Boleh. Sekiranya penerima biaya menyelesaikan kesemua bayaran balik dengan lebih awal, jumlah penyelesaian adalah berdasarkan jumlah pembiayaan pendidikan yang diterima termasuk kos upah dikenakan sehingga tarikh penyelesaian penuh dibuat.
Soalan 8:
Bolehkah saya membayar balik kurang daripada jumlah ansuran asal?
Jawapan:
Bayaran balik kurang daripada jumlah ansuran adalah tidak digalakkan.
Soalan 9:
Perlukah saya menunggu surat arahan bayaran balik daripada pihak PTPTN sebelum memulakan bayaran balik?
Jawapan:
Soalan 10:
Bolehkah saya membuat bayaran balik ansuran bulanan lebih awal iaitu sebelum 6 bulan dari tarikh mula bayar?
Jawapan:
Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan. Bayaran balik yang dibuat sebelum dari tarikh mula bayar tidak akan dikenakan kos upah. Manakala bayaran ansuran yang dibuat mengikut jadual bayaran balik adalah tertakluk kepada kos upah yang telah dibina kepada penerima biaya.
Soalan 11:
Bolehkah saya membuat bayaran balik secara keseluruhan "full-settlement" pembiayaan pendidikan?
Jawapan:
Boleh. Penerima biaya perlu mengisi Borang Pengesahan Baki Pinjaman yang boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi PTPTN/ kaunter PTPTN sebelum penyelesaian penuh dibuat.
Soalan 12:
Bilakah tarikh akhir bayaran balik sepatutnya dibayar setiap bulan?
Jawapan:
Bayaran balik hendaklah dibayar sebelum hari terakhir dalam setiap bulan.
Soalan 13:
Bolehkah bayaran balik dibuat mengikut tempoh tertentu contohnya 6 bulan sekali?
Jawapan:
Bayaran balik boleh dibuat mengikut tempoh tertentu dengan jumlah yang sepatutnya dibuat pada bulan pertama tempoh tersebut dan tiada tunggakan ansuran.