Navigation
 
SSPN Form

Sila ikuti panduan pengisian borang permohonan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui Laman Web PTPTN seperti berikut:

1.  Borang permohonan ini hendaklah dicetak menggunakan Kertas A4 yang beratnya sekurang-kurangnya 80 gram ke atas dan berwarna putih.

2.  Pemohon hendaklah mencetak Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN ini melalui Laman Web PTPTN. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dibuat dua (2) salinan dan dihantar bersama-sama salinan asal, slip deposit, dokumen-dokumen sokongan dan wang deposit (seminima RM20.00) di mana-mana kaunter Ejen Kutipan SSPN yang dilantik oleh PTPTN di seluruh Malaysia.

3.  Ejen kutipan SSPN terdiri daripada bank berikut:
      • a. Bank Simpanan Nasional (BSN);
      • b. CIMB Bank;
      • c. Bank Pertanian Malaysia;
      • d. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia; dan
      • e. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
      • f. Maybank Berhad (MBB)
4.  Salinan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bagi pembukaan akaun SSPN adalah seperti berikut:
      • Salinan Mykad/ Kad Tentera/ Kad Polis Pendeposit;
      • Salinan Mykad/Sijil Kelahiran/My Kid penerima manfaat.
      • Surat perakuan/ sijil anak angkat, bagi pendeposit yang ingin membuka akaun bagi anak angkat di bawah jagaan mereka yang sah.

Bagi pendeposit yang berpendapatan keluarga tidak melebihi RM2,000 sebulan, adalah layak untuk dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan.  Salinan dokumen pasangan seperti MyKad/Kad Tentera/Kad Polis dan salinan slip gaji/penyata pendapatan yang terkini hendaklah disertakan bersama.

5.  Tiga(3) salinan borang permohonan dan slip deposit yang diterima oleh ejen kutipan SSPN yang siap diproses akan diagihkan oleh ejen kutipan bagi keperluan seperti berikut:

      • Salinan asal (Cetakan)   –       untuk PTPTN
      • Salinan kedua                  –        untuk ejen Kutipan SSPN
      • Salinan ketiga                  –        untuk Pendeposit

Borang permohonan yang telah siap diproses akan dihantar bersama-sama dokumen sokongan dan salinan slip deposit kepada PTPTN.  Sila pastikan pendeposit menyimpan satu salinan borang yang telah diproses sebagai rujukan.

6.  Peringatan Penting :

PTPTN tidak melantik orang perseorangan/individu sebagai ejen kutipan bagi tujuan memungut deposit simpanan selain daripada ejen-ejen yang dinyatakan atau pegawai/kakitangan PTPTN sahaja.

Kebenaran mencetak borang permohonan pembukaan akaun SSPN melalui Laman Web PTPTN ini adalah sebagai  alternatif kepada orang ramai bagi memudahkan urusan pembukaan akaun SSPN selain daripada borang permohonan sedia ada.

7.  Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Call Centre PTPTN di talian 03 - 2092 7788 atau e-mel ke simpanan@ptptn.gov.my


INGAT.... JANGAN TAK MENABUNG...NANTI TAK LAYAK MEMINJAM...