Menu Capaian Borang ini bertujuan untuk pengguna membuat capaian borang-borang yang penting berkenaan pinjaman PTPTN. Sila klik pada nama borang di bawah untuk membuat pilihan anda. Untuk makluman borang-borang adalah dalam format Adobe Acrobat (*.PDF) kecuali borang online seperti yang dinyatakan. Maklumat setiap borang dijelaskan seperti di bawah :
Bagi tujuan permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman. Borang Akuan Pelajar adalah salah satu dokumen yang mesti dilampirkan semasa membuat permohonan.
Bagi maklum balas pengemaskinian maklumat peminjam dan pemilihan kaedah bayaran balik samaada secara bayaran sendiri atau potongan gaji. Borang yang telah lengkap diisi haruslah dicetak, ditandatangani dan dihantar ke PTPTN bagi tujuan pengemaskinian.
Bagi tujuan permohonan potongan gaji SSPN atau sebarang perubahan potongan (penambahan/pengurangan/penamatan) untuk simpanan ke dalam akaun SSPN. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
Borang Permohonan Baki Pinjaman ini adalah borang yang perlu dipohon dan diisi samada peminjam ataupun wakil peminjam bagi tujuan pengesahan baki pinjaman keseluruhan yang perlu dilangsaikan mengikut kepada tempoh masa yang tertentu. Dengan menggunapakai borang ini, maka peminjam tidak perlu lagi membuat surat rasmi berkenaan pengesahan jumlah baki pinjaman. (Baca FAQ di sini). Borang yang telah lengkap diisi haruslah dicetak, ditandatangani dan dihantar ke PTPTN bagi tujuan pengemaskinian

Borang permohonan ini adalah untuk membolehkan peminjam/pendeposit SSPN menukar alamat mereka. Borang yang telah lengkap diisi haruslah dicetak, ditandatangani dan dihantar ke PTPTN bagi tujuan pengemaskinian.
Borang ini bertujuan untuk peminjam yang ingin membuat tuntutan semula salinan asal dokumen perjanjian (simpanan pelajar) yang dikembalikan oleh Pos Malaysia setelah dihantar oleh PTPTN kepada pelajar melalui pos.
Borang ini bertujuan untuk peminjam yang telah kehilangan salinan asal dokumen perjanjian yang telah diberikan sebelum ini dan memohon sesalinan dokumen perjanjian PTPTN bagi tujuan Pengeluaran KWSP atau untuk simpanan peminjam.
* Borang Pengesahan Pendapatan ini hendaklah diserahkan bersama-sama dengan borang permohonan pinjaman pendidikan PTPTN.
Sila lengkapkan borang-borang yang berkaitan dan poskan ke alamat:
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur.