Logo PTPTN

PORTAL RASMI PTPTN (MOBILE)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

FUNGSI PTPTN:

  • Menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman;

  • Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan

  • Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.


Menjadi Institusi Peneraju Dalam Pengurusan Pembiayaan Pengajian Tinggi Menjelang Tahun 2020

 

Mengurus Dana Dan Tabung Pendidikan Bagi Tujuan Pembiayaan Pendidikan Tinggi Melalui Pengurusan Kewangan Yang Strategik Dan Inovatif

 

Dana Pendidikan Pemangkin Pembangunan Negara

 

Memastikan Pembiayaan Yang Efisien Disediakan Kepada Pelajar-Pelajar Yang Layak Mengikuti Pengajian Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Selaras Dengan Hasrat Kerajaan Bahawa Tidak Ada Pelajar-Pelajar Yang Gagal Memasuki IPT Atas Sebab-Sebab Kewangan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited untuk menguruskan pembiayaan pendidikan kepada pelajar, menerima deposit untuk skim simpanan dan lain-lain fungsi mengikut Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dengan profesionalisma dan akauntabiliti yang tinggi dan berkesan.

Kami berjanji akan :

  1. Memproses permohonan pembiayaan yang lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan mengikut kelompok yang ditetapkan;

  2. Memaparkan keputusan permohonan pembiayaan pada hari bekerja pertama selepas tarikh akhir proses permohonan;

  3. Memastikan pengeluaran pembiayaan baru dibuat tidak melebihi 21 hari bekerja selepas dokumen perjanjian pembiayaan yang sempurna diterima mengikut kelompok yang ditetapkan;

  4. Memastikan pengeluaran pembiayaan berikutnya dibuat tidak melebihi 7 hari bekerja dari tarikh pemprosesan pengeluaran pembiayaan;

  5. Memproses permohonan pembukaan akaun SSPN-i tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap;

  6. Memproses permohonan pengeluaran/ penutupan akaun SSPN-i tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan borang permohonan yang lengkap; dan

  7. Memberi jawapan segera ke atas semua pertanyaan dan aduan pelanggan dalam tempoh tidak lewat dari 7 hari bekerja selepas pertanyaan dan aduan diterima.

Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Sekali gus, membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja. Ianya selaras dengan Seksyen 2, Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) iaitu Institusi Pendidikan Tinggi yang ditubuhkan di bawah:

  • Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;

  • Akta Institut Teknologi MARA 1976;

  • Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996;

  • Politeknik yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta Pendidikan 1996; dan

  • Mana-mana institusi pendidikan tinggi lain yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 dan yang ditentukan oleh Menteri sebagai suatu institusi pendidikan tinggi.

 

Skop Pembiayaan Pendidikan

Skop pinjaman pendidikan mengikut peringkat pengajian bagi IPTA/ IPTS/ Politeknik adalah seperti berikut:

PERINGKAT PENGAJIAN KATEGORI IPT YANG DIBIAYAI

Diploma Sepenuh Masa

IPTA, Politeknik dan IPTS

Diploma Separuh Masa

IPTA, Politeknik dan IPTS*

Diploma PJJ

IPTA

Diploma Lanjutan

IPTA dan Politeknik

Ijazah Pertama Sepenuh Masa

IPTA dan IPTS

Ijazah Pertama Separuh Masa

IPTA dan IPTS*

Sarjana Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ

IPTA

Doktor Falsafah Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ

IPTA

Kursus Profesional Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ

IPTA

Nota : * Pinjaman pendidikan dikhususkan kepada pelajar IPTS di UNITEM, UNITAR, Wawasan Open University dan Asia E University.

Peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman PTPTN yang dikeluarkan kepadanya termasuk kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pembiayaan.

Tempoh Mula Bayaran Balik Pinjaman

  1. Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 6 bulan tamat pengajian TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN.

  2. Kos upah (Ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke 7.

  3. Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 6 bulan tersebut.

  4. Tempoh bayaran balik bagi peminjam yang membuat pertukaran Ujrah adalah berdasarkan baki pinjaman.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep "Wakalah Bil Istithmar" di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minima sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.

Pembukaan akaun digalakkan dibuat melalui Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB Bank bagi mempercepatkan proses.


SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.

SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

 

Muat turun Brosur SSPN-i Plus disini

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Sila hubungi PTPTN CARELINE : 03 - 2193 3000 untuk sebarang kemusykilan.

Isnin - Jumaat
8.00 pagi - 7.00 petang

Sabtu - Ahad
8.00 pagi - 5.00 petang