BAYARAN MELALUI VISA / MASTER / AMERICAN EXPRESS

Langkah - langkah untuk melakukan transaksi melalui Visa / Master / American Express PTPTN adalah seperti berikut :

  1. Mempunyai Kad Bank yang mempunyai Visa / Master / American Express.
  2. Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) di PTPTN.
  3. Anda dikehendaki untuk mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun pinjaman Islamik (Ujrah) atau akaun pinjaman Konvensional.
  4. Klik Semakan Penyata Pinjaman untuk semak jenis akaun pinjaman dan buat bayaran balik.
  5. Transaksi yang berjaya akan dikemaskini di penyata pinjaman dalam masa 3 hari bekerja.
  6. Sebarang pertanyaan atau aduan boleh dikemukakan pada Pusat Khidmat Pelanggan atau Aduan (iCare).