Kaedah Bayaran Balik Pembiayaan

A. POSKAN CEK/BANK DRAF/KIRIMAN WANG

Bayaran melalui cek/bank draf/kiriman wang hendaklah berpalang dan dibayar atas nama 'PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL'. Sila poskan bayaran anda menggunakan sampul surat kepada alamat berikut:

Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
(u.p: Unit Terimaan)

* Jangan kirimkan wang tunai.

Pastikan No. Kad Pengenalan dan nama anda ditulis dibelakang cek/bank draf/kiriman wang.

B. BAYARAN SECARA ON-LINE MELALUI WEBSITE

C. BAYARAN MELALUI KAUNTER

  • Kaunter One Stop Center di KL Sentral. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
  • Semua cawangan Bank Islam Malaysia Malaysia (BIMB).
  • Semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Semua cawangan CIMB Bank.
  • Semua cawangan Pos Malaysia Berhad.

D. POTONGAN GAJI MELALUI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN)

  •  Kemukakan maklumat lengkap majikan secara bersurat atau e-mel ke PTPTN.
  •  Arahan potongan kepada majikan akan dikeluarkan oleh LHDN.
  • Sementara menunggu urusan diproses, sila kemukakan bayaran sendiri melalui kaedah ditetapkan.

Cetak halaman ini