Semakan Penyata Akaun
Penyata akaun yang dikemaskini akan disediakan oleh PTPTN bagi setiap enam bulan sekali dan dihantar kepada pendeposit berdasarkan alamat seperti yang tertera di dalam borang permohonan. Sebarang pembetulan maklumat berkaitan hendaklah dibuat dalam tempoh 2 minggu dari tarikh yang tertera pada penyata akaun.
 
Penyata akaun SSPN boleh disemak atau dicetak melalui laman web: www.ptptn.gov.my. Sementara semakan baki akaun boleh disemak melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip: PTPTN SSPN<JARAK>NO AKAUN SSPN dan hantar ke 33199. Contoh: PTPTN SSPN 017401160354610