Apakah syarat dan kaedah pengeluaran simpanan?

PENGELUARAN

Pengeluaran hanya boleh dibuat selepas 1 tahun menyimpan.  Terdapat 2 jenis pengeluaran iaitu:-
  1. Pengeluaran 10% daripada baki akaun atau RM500 (mana yang terendah) sekali pada setiap tahun; dan
  2. Pengeluaran 100% atau penutupan akaun SSPN sekiranya penerima manfaat memenuhi salah satu daripada kriteria berikut:-
    1. Penerima manfaat diterima masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi ;
    2. Penerima manfaat meninggalkan secara sukarela atau dibuang daripada suatu institusi pendidikan yang bukan institusi pendidikan tinggi;
    3. Penerima manfaat menghidapi apa-apa penyakit yang tidak boleh sembuh sebagaimana diperakukan oleh seseorang pegawai perubatan Kerajaan;
    4. Penerima manfaat menghidapi keilatan keseluruhan yang kekal sebagaimana diperakukan oleh seseorang pegawai perubatan Kerajaan atau;
    5. Kematian pendeposit atau penerima manfaat.
  3. Walauapapun PTPTN boleh mengecualikan atau mempertimbangkan sebab-sebab lain yang difikirkan sesuai untuk tujuan pengeluaran/penutupan akaun SSPN.

SYARAT-SYARAT PENGELUARAN SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPN) DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN


       A.   Pengeluaran Deposit (10%)
  • Slip Pengeluaran Deposit yang lengkap hendaklah disertakan dokumen sokongan yang telah disahkan seperti berikut:-
  1. Salinan Mykad/Kad Tentera/Kad Polis Pendeposit dan salinan Kad SSPN.

       B.   Penutupan Akaun ( Pengeluaran 100% )
  • Borang penutupan akaun yang lengkap hendaklah disertakan dokumen sokongan yang telah disahkan seperti berikut:-
  1. Salinan Mykad/Kad Tentera/Kad Polis Pendeposit dan salinan Kad SSPN; dan
  2. Salinan dokumen bagi menyokong permohonan untuk setiap kes i hingga v di atas.
Sekiranya pendeposit memilih agar amaun pengeluaran dikreditkan terus ke akaun bank, sila sertakan salinan muka hadapan buku akaun simpanan pendeposit melalui mana-mana ejen kutipan SSPN dan kaunter PTPTN seperti berikut:
  1. Bank Simpanan Nasional;
  2. CIMB Bank;
  3. Agro Bank;
  4. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad;
  5. Bank Islam Malaysia Berhad;
  6. Maybank; dan
  7. PTPTN One Stop Center, KL Sentral
Sila pastikan tandatangan pendeposit adalah sama pada borang pembukaan akaun SSPN dan borang penutupan akaun/slip pengeluaran deposit.

Permohonan penutupan akaun hendaklah dikemukakan melalui ejen kutipan SSPN atau diposkan kepada PTPTN di alamat seperti berikut:-


BAHAGIAN SIMPANAN PENDIDIKAN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Aras 6, Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan, Damansara Heights, 50490 KUALA LUMPUR
(u/p: Unit Pengeluaran dan Tuntutan)
Tel: 03-2092 7788 Faks: 03-2098 6589

Cetak halaman ini