Pembukaan akaun SSPN boleh dibuat di kaunter PTPTN dan semua cawangan agen kutipan deposit di seluruh negara. Dokumen yang perlu disertakan semasa membuka akaun ialah:
• Salinan Kad Pengenalan/Kad Tentera/Kad Polis Pendeposit;
• Salinan Sijil Kelahiran/My Kid/Kad Pengenalan Penerima Manfaat; dan
• Surat Perakuan/Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat dibawah jagaan sah mereka)
* Salinan slip gaji/penyata pendapatan yang terkini serta salinan Kad Pengenalan/Kad Tentera/Kad Polis pasangan diperlukan untuk pendeposit yang berpendapatan keluarga tidak melebihi RM2,000 sebulan bagi pertimbangan pemberian Geran Sepadan.