Soalan 2:
Bagaimanakah cara untuk membuat penangguhan bayaran balik memandangkan saya belum bekerja dan tidak mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi?
Jawapan :
Sila kemukakan surat rasmi permohonan penangguhan tuan kepada PTPTN beserta pengesahan yang menyatakan tuan masih tidak bekerja serta pengesahan caruman/penyata daripada KWSP.
Sila ambil maklum bahawa hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
Dimaklumkan juga bahawa kos pentadbiran sebanyak 3% setahun tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.
Soalan 3:
Saya ingin menangguhkan pembayaran balik pinjaman kerana sedang menyambung pengajian. Bagaimanakah caranya?
Jawapan :
Sila kemukakan surat rasmi permohonan penangguhan atau isikan borang penangguhan yang boleh diperolehi di laman web PTPTN bersama dokumen sokongan berikut dan hantarkan kepada PTPTN untuk pertimbangan:
1. Salinan surat tawaran pengajian yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan/Profesional;
2. Salinan surat tawaran penaja baru yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan/Profesional (jika mendapat tajaan dari penaja lain selain PTPTN);
3. Surat pengesahan tarikh tamat pengajian dari IPT (jika tiada dalam surat tawaran); dan
4. Salinan transkrip dan sijil bagi peringkat pengajian yang telah tamat (jika berkaitan) yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan/Profesional.
Sila ambil maklum bahawa hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
Dimaklumkan juga bahawa kos pentadbiran sebanyak 3% setahun tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.
Soalan 4:
Apakah kesan kepada tempoh bayaran balik dan jumlah ansuran bulanan setelah diluluskan penangguhan bayaran balik?
Jawapan :
Penangguhan bayaran balik akan mengakibatkan jumlah ansuran pada masa akan datang menjadi lebih tinggi, kerana tempoh bayaran balik yang menjadi lebih singkat. Ini kerana penangguhan tidak akan menganjakkan tarikh akhir tempoh bayaran balik. Ia hanya menganjakkan tarikh mula bayaran. Oleh itu, ia akan menambahkan lagi beban kewangan pada masa akan datang.
Soalan 5:
Bolehkah saya memohon penangguhan kerana saya hanya bekerja sementara / kontrak?
Jawapan :
Bagi peminjam yang bekerja sementara atau kontrak, permohonan penangguhan adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun peminjam boleh memohon untuk dipertimbangkan pengurangan amaun ansuran bayaran balik bagi satu jangkamasa tertentu.
Soalan 6:
Berapa lamakah tempoh penangguhan yang dibenarkan oleh PTPTN bagi bayaran balik pinjaman?
Jawapan :
Penangguhan bayaran balik pinjaman kerana belum bekerja boleh dipertimbangkan selama 2 tahun sahaja.Tempoh penangguhan yang diluluskan boleh ditamatkan sekiranya pekerjaan telah diperolehi. Bagi peminjam yang memohon penangguhan kerana menyambung semula pengajian secara sepenuh masa, tempoh penangguhan yang dipertimbangkan adalah sepanjang tempoh pengajian baru.
Walau bagaimanapun dalam tempoh penangguhan kos pentadbiran tetap dikenakan . Oleh yang demikian penangguhan bayaran adalah tidak digalakkan.
Soalan 7: Saya telah diluluskan penangguhan dan sekarang telah mendapat pekerjaan. Adakah saya boleh memulakan bayaran balik lebih awal daripada tempoh penangguhan yang telah diluluskan?