|
Soalan 1: Bagaimanakah caranya untuk membayar balik pinjaman pendidikan PTPTN?
Jawapan: Kaedah-kaedah bayaran balik pinjaman:
| 1 | POSKAN BANK DERAF/KIRIMAN WANG |  | Bayaran Melalui bank deraf/kiriman wang hendaklah berpalang dan dibayar atas nama 'PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL'. Sila poskan bayaran anda menggunakan sampul surat. Alamatkan surat anda kepada: Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur (u.p: Unit terimaan)
*Jangan kirimkan wang tunai. Pastikan No. Kad Pengenalan dan nama penuh anda di tulis di belakang bank deraf / kiriman wang. | | 2 | BAYARAN SECARA ON-LINE |  | 1. e-FES. Anda perlu mempunyai akaun dengan mana-mana bank yang menyertai FPX (Financial Process Exchange) dan berdaftar sebagai pengguna perkhidmatan perbankan internet bank tersebut. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila layari laman web PTPTN : e-FES bagi melihat panduan membuat bayaran balik melalui e-FES. 2. Perkhidmatan online bank-bank terpilih yang disenaraikan di bawah. Perhatian! Anda perlu mempunyai akaun bank tersebut dan mendaftar sebagai pengguna perkhidmatan online di: Untuk keterangan lanjut, sila pergi ke bank-bank tersebut atau hubungi: • Maybank2u.com Customer Helpdesk: 1-300-88-6688 • CIMB Service Centre: 03-2295 6100. • Bank Islam Customer Service Hotline: 03-2698 8008/2691 3993. • RHB Bank ibank Support: 03-9206 8228 • Public Bank Customer Support: 03-2179 5000.
| | 3 | BAYARAN MELALUI KAUNTER |  | Bayaran melalui wang tunai diterima dengan cara pergi ke: 1. Kaunter perkhidmatan PTPTN. 2. Semua cawangan Bank Islam seluruh Malaysia. Sila gunakan Borang Slip Pembayaran Bil yang boleh didapati di bank. 3. Semua cawangan CIMB seluruh Malaysia. Sila gunakan Borang Khidmat Pungutan yang boleh didapati di bank. 4. Semua cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh Malaysia. Sila gunakan Borang Pembayaran Bil yang boleh didapati di bank. Ruangan No. Rujukan 1 hendaklah diisi dengan NO KP anda. Ruangan No. Rujukan 2 hendaklah diisi dengan No. Rujukan Pinjaman anda. 5. Semua cawangan POS Malaysia Berhad.
|
MAKLUMAN (Bagi Pembayaran di Kaunter Bank & Pejabat Pos)
1. No. Akaun Penerima : No. Kad Pengenalan Peminjam 2. Nama Penerima : PTPTN-PINJAMAN (No. Akaun PTPTN tidak diperlukan) 3. No. Bil/Kontrak/Rujukan : No. Rujukan Surat Tawaran/ No Telefon Anda
SEMAKAN PENYATA KIRA-KIRA (e-FES)
1. Kata Laluan : No. Kad Pengenalan Peminjam 2. No. Pin/Password : No. Pinjaman Peminjam (Sila rujuk No. Pinjaman pada Penyata Kira-Kira)
- Setiap pembayaran yang dilakukan melalui kaunter bank atau secara online akan dikenakan caj perkhidmatan oleh pihak bank. - Sila simpan slip pembayaran atau cetak resit bayaran untuk simpanan anda. - Resit rasmi PTPTN hanya akan dikeluarkan sekiranya pembayaran dibuat terus kepada PTPTN. - Pembayaran melalui cek peribadi adalah dibenarkan.
Soalan 2: Apakah kos pentadbiran? Jawapan:
Kos pentadbiran adalah kos yang dikenakan keatas pinjaman seperti dinyata didalam perjanjian yang ditandatangani. Kos pentadbiran akan dikira selepas 6 bulan tamat pengajian atau tamat pinjaman mana lebih awal. Kadar 4% setahun akan dikenakan bagi tempoh bayaran balik sehingga 31 Disember 2003. Mulai 1 Januari 2004 kadar telah diturunkan kepada 3% setahun dan dikira atas baki pinjaman bulanan. Kos yang telah dikenakan tidak boleh dikurangkan. Soalan 3: Adakah pihak PTPTN akan mengeluarkan resit rasmi bagi pembayaran balik pinjaman?
Jawapan: Pihak PTPTN hanya akan mengeluarkan resit rasmi bagi pembayaran balik yang dibuat di kaunter PTPTN atau melalui pos (cek, bank deraf, kiriman wang dan wang pos) yang dibuat atas nama PTPTN. Manakala bayaran menerusi agen kutipan PTPTN seperti LHDN, Maybank (online), BCBB (online dan kaunter), Bank Islam (online dan kaunter) dan RHB (online) tidak akan dikeluarkan resit. Bayaran terus kepada LHDN (selain potongan gaji) akan dikeluarkan resit oleh pihak LHDN.
Soalan 4: Bagaimanakah caranya untuk menyemak baki pinjaman?
Jawapan:
Baki pinjaman boleh disemak melalui e-FES di Portal PTPTN.
Soalan 5: Bagaimanakah cara bayaran menerusi online boleh dilakukan?
Jawapan: Sila rujuk pada laman web bank-bank berkenaan dan sebarang pertanyaan sila rujuk kepada Bahagian Perkhidmatan Pelanggan bank berkenaan.
Soalan 6: Bagaimanakah caranya membayar balik pinjaman menerusi potongan gaji?
Jawapan: Sila berikan maklumat majikan anda iaitu nama, alamat dan nombor telefon kepada Bahagian Penguatkuasa dan Kutipan Balik melalui e-mel (upkb@ptptn.gov.my) atau surat rasmi. Anda akan menerima sesalinan arahan potongan gaji daripada LHDN kepada majikan. Pembayaran balik menerusi arahan potongan gaji akan mengambil masa 1-3 bulan sebelum dapat dilaksanakan oleh LHDN. Sementara itu anda boleh membuat bayaran sendiri menggunakan kaedah bayaran balik yang lain untuk mengelakkan tunggakan ansuran.
Soalan 7: Bolehkah saya membayar balik lebih daripada jumlah ansuran asal?
Jawapan: Bayaran balik lebih daripada ansuran asal adalah dibenarkan. Sekiranya peminjam menyelesaikan kesemua bayaran balik dengan lebih awal, rebat akan diberikan.
Soalan 8: Bolehkah saya membayar balik kurang daripada jumlah ansuran asal?
Jawapan:
Bayaran balik kurang daripada jumlah ansuran tidak digalakkan disebabkan kos pentadbiran akan menjadi lebih tinggi kerana ia dikira berdasarkan baki pinjaman bulanan.
Soalan 9: Perlukah saya menunggu surat arahan bayaran balik daripada pihak PTPTN sebelum memulakan bayaran balik?
Jawapan:
Bagi memulakan bayaran balik pinjaman , peminjam tidak perlu menunggu surat arahan bayaran balik daripada PTPTN. Bayaran yang dibuat dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian atau tamat pinjaman tidak akan dikenakan kos pentadbiran.
Soalan 10: Bolehkah saya membuat bayaran balik ansuran bulanan lebih awal iaitu sebelum 6 bulan dari tarikh mula bayar?
Jawapan: Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan. Bayaran balik yang dibuat sebelum dari tarikh mula bayar tidak akan dikenakan kos pentadbiran. Manakala bayaran ansuran yang dibuat selepas tarikh mula bayar akan dikenakan kos pentadbiran.
Soalan 11: Bolehkah saya membuat bayaran balik secara sekaligus @ 'lump sum'?
Jawapan: Boleh. Bayaran secara 'lump sum' yang dibuat sebelum tarikh mula bayar tidak akan dikenakan kos pentadbiran manakala bayaran selepas dari tarikh mula bayar akan dikenakan kos pentadbiran.
Soalan 12: Adakah PTPTN memberikan rebat kepada peminjam yang menjelaskan bayaran lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan?
Jawapan: Rebat akan diberikan kepada peminjam yang menjelaskan pinjaman mereka lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan. Jumlah rebat adalah bergantung pada tarikh akhir bayaran dibuat.
Soalan 13: Bilakah tarikh akhir bayaran balik sepatutnya dibayar setiap bulan?
Jawapan: Bayaran balik hendaklah dibayar sebelum hari terakhir dalam setiap bulan.
Soalan 14: Bolehkah bayaran balik dibuat mengikut tempoh tertentu contohnya 6 bulan sekali?
Jawapan: Bayaran balik boleh dibuat mengikut tempoh tertentu dengan syarat ianya dibuat pada bulan pertama penggal tersebut.
Soalan 15: Bolehkah bayaran balik WPP ditangguhkan?
Jawapan: Penangguhan adalah tidak dibenarkan bagi bayaran balik WPP. Walaubagaimanapun penunai boleh mengemukakan permohonan bayaran secara ansuran dengan mengemukakan surat rasmi permohonan.
Cetak halaman ini
|