Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM3,000 setahun; Perlindungan insurans secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas *; Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak **; Simpanan serendah RM20 pada bila-bila masa dan dijamin oleh Kerajaan; Kadar dividen yang kompetetif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
Kemudahan menyimpan di lebih 1,500 ejen PTPTN; dan Kemudahan simpanan melalui potongan gaji.
* Perlindungan insurans berupa manfaat dan/atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun hanya layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian keatasnya. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan. ** Keluarga yang berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Cetak halaman ini
|